Friday, August 13, 2021

Signal Lengkap Masuk Keluar Pasaran Forex Yang Menguntungkan

 

Dalam gambar di atas terdapat beberapa indicator digunakan untuk menjejak pergerakan harga forex sekali gus masuk trade dan keluar trade.
 

Senario
 

Untuk kepastian, tunggu sehingga indicator-indicator ( repaint ) yang selama ini mengikut pergerakan harga berhenti dan candlestick memberi gambaran untuk reversal.
 

-    GP Reverse mengikut pergerakan harga dan berhenti di atas bar warna orange.
 

-    3 level zz juga mengikut pergerakan harga berhenti di atas bar warna orange.
 

-    Resistance telah menunjukkan diri di atas harga
 

-    Candlestick menunjukkan reversal
 

-    Diikuti PSAR menunjukkan titiknya menandakan trend sudah bermula
 

-    Pada masa yang sama juga BB Stop menunjukkan titik mengesahkan trend.

-    Akhir sekali, harga memotong garisan support sebelumnya untuk terus menjunam.
 

-    Kawasan bulat di atas untuk anda menentukan masuk Sell dan Stop Loss
 

-    Kawasan bulatan di sebalah bawah, untuk anda keluar dari pasaran. Anda boleh mengikut indicator GP Trend dan 3 z level sebagai petunjuk keluar.

Senario sebegini sering juga berlaku, tidak kira apa pair sekalipun dan time frame mana sekalipun. Senario yang sama akan atau mungkin berlaku ketika harga pasaran akan menaik.

Peringatan

Senario pergerakan harga pasaran adalah hasil dari pandangan saya sendiri dan semata-mata untuk rujukan dan pelajaran. Setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri, janganlah anggap satu pandangan yang perlu diikuti.

Thursday, August 12, 2021

Ramai Yang Ingin Bermain Forex Tetapi Tak Tahu Nak Mula

 

Setakat yang aku ketahui memang ramai sekali yang berminat nak berkecimpung dalam bidang forex trading ini. Tetapi masalahnya tidak ramai yang tahu bagaimana untuk bermula.

Tengok saja iklan di facebook, berapa ramaikah yang respon dengan pelbagai iklan tentang forex . Dalam satu iklan betapa ramai yang bertanyakan tentang forex trading ini.

Respon di media sosial menunjukkan sudah ramai di kalangan masyarakat sudah sedar bahawa forex trading itu mampu memberi jalan kepada kita untuk membuat duit dengannya.

Memang benar, forex mampu memberi jalan keluar dari keadaan kita yang bermasalah dan susah ke keadaan yang lebih baik dan selesa asalkan kita buatnya dengan betul dan bersungguh.

Yang pentingnya kita mesti ada kemahuan untuk memperbaiki diri kita dan juga keluarga kita. Setakat sekarang ini, forex memberi jalan yang terbaik kepada kita menuju kejayaan.

Ada banyak cara untuk kita buat duit dengan forex trading ini, kita boleh buat duit dengan  trading, buat duit dengan menjadi affiliate atau ib dan jadi tenaga pengajar bagi yang sudah ada pengalaman dan kemahiran.

Perlu belajar dengan bersungguh-sungguh

Untuk mencapai ke tahap seperti mana saya sebutkan di atas, anda perlu belajar terlebih dahulu. Banyak tempat anda boleh mula belajar tentang forex, google sahaja di internet anda akan dapat banyak maklumat tentang pelajaran forex.

Banyak tempat seperti di laman-laman web atau blog anda boleh mendapat pengatahuan tentang forex trading, termasuklah di blog ini sendiri. Kebanyakannya dengan percuma.

Di laman media sosial juga banyak sekali iklan-iklan dan tawaran disediakan untuk kita belajar forex, tetapi sesetengah dari mereka berkehendakan anda daftar untuk belajar dan seterusnya anda perlu membuka akaun trading tanpa sebarang paksaan.

Pendek kata, jika nakkan sesuatu ilmu perlu mencarinya dan pulun belajar bersungguh-sungguh. Jika nak cepat belajar, cari sahaja sifu-sifu untuk anda belajar forex dengan mereka, kebanyakannya dikenakan bayaran.

Kadangkala jika kita berkehendakan sesuatu perlu juga dibayar dengan sesuatu, apa salahnya utnuk diri kita juga. Yang penting ialah usaha. Kemudian baru fikir tentang trading.

Anda boleh sahaja belajar melalui akaun demo secara perlahan-lahan, ada banyak broker forex menyediakan akaun demo tanpa had dan percuma.
 

Broker forex itu sendiri banyak menyediakan bahan tentang forex untuk anda belajar. Saya sendiripun masih belajar dan selalu menimba ilmu dari syarikat-syarikat broker ini.

Masa terbaik untuk belajar forex sekarang ini ….

Belajarlah demi kebaikan diri sendiri, bukannya untuk orang lain. Masa Covid ini ialah satu masa yang paling sesuai bagi kita mengambil peluang belajar tanpa keluar rumah.

Begitu juga dengan trading forex, buat di rumah sahaja. Apa yang anda perlu buat ialah belajar, cari broker terbaik dan yang reliable, daftar dan trade. Mulakan dengan modal kecil dahulu.

Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini, yang pentingnya berusaha bersungguh-sungguh dan minta pada yang Esa, bukan dari manusia.




Friday, April 3, 2020

Covid-19 Dan Kesannya Terhadap Pemain Forex

Salam sejahtera, artikel ini tidak akan membincangkan fasal kesannya terhadap ekonomi dan juga terhadap pasaran kewangan seterusnya. Memang pasaran kewangan terjejas kalau dipandang dari sudut votalitinya.

Itu tidak mengapa, itu kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, kita Cuma boleh menanganinya sahaja. Kita tetap kena bersabar dan cari jalan untuk tidak di jangkiti kuman Covid-19, itupun sudah mencukupi.

Syukur Alhamdullillah, kerajaan kita sedang seboleh-bolehnya membantu kedudukan ekonomi rakyat yang diakibatkan oleh Covid-19. Dan kita juga sudah tahu tentang kedudukan warga-warga pekerja, petani , peniaga kecil, kilang, koperat dan orang ramai.

Kita sebagai pemain forex bagaimana dan apa yang harus kita buat ? Nak main forex ke atau nak simpan duit untuk survive dalam keadaan PKP ini. Jika terjadinya Lockdown macam-mana. Apapun kita kena berdoa kepada Allah untuk kebaikan.

Sebagai pemain forex yang selama ini bermain forex di rumah, mungkin ada yang membuat trading di pejabat. Apa sekalipun, dalam keadaan sekarang ini membuat trading di rumah adalah memang paling sesuai sekali. Nak cari makan cara di rumah saja pun boleh bagi pemain forex.

Pemain forex tidak perlu keluar hantar barang, tidak perlu pergi bank sangat dan duduk di rumah buat trading sahaja. Dalam masa sekarang di luar sana tidak boleh buat seminar forex pun tetapi melalui internet boleh saja.

Pemain forex boleh bergantung nasib di rumah, untung dan rugi semuanya di rumah, buatlah trade dengan tenang dan penuh keyakianan. Hindarkan diri dari di jangkiti Corona Virus.





Friday, November 1, 2019

Cara Terbaik Mengawal Emosi Semasa Trading Forex


Ada yang menyatakan salah satu jalan nak buat duit secara online adalah forex. Saya pun rasakan begitu, jalan nak buat duit dengan urusniaga forex memang ada dan amat terbuka luas. Memang kita nampak jalannya, walaupun kita nampak jalannya, adakah ia senang ?

Sebelum nak sampai ke tahap buat duit dan sukses dengan berforex, pertama sekali kita kena suluh diri kita dahulu. Scan diri kita dahulu sama ada kita mampu atau tidak mengharungi medan forex dengan urusan tradingnya.

Ada beberapa proses yang perlu kita lalui seperti belajar mengenali dan memahami forex, belajar selok-belok trading dan belajar memahami emosi sendiri ataupun psikologi tentang trading forex.

Saya tidak mahu sentuh tentang modal, keberanian dan pengurusan kewangan. Apa yang ingin saya tumpukan adalah tentang perasaan dan emosi seseorang trader. Kita beremosi, begitu juga trader-trader yang lain di seluruh dunia yang membuat trading.

Dalam sistem kawalan emosi bagi seorang trader itu yang menjadi puncanya adalah DISIPLIN. Trader yang berjaya atau sukses adalah trader yang ada disiplin dan mampu mengawalnya. Seorang trader profesional yang berjaya adalah trader yang pandai menggunakan disiplin untuk membuat trading.

Dalam psikologi trading bagi saya, disiplinlah yang mengawal segala-galanya termasuk ‘Money Management ‘ atau Pengurusan Kewangan ketika berforex. Kita membuat jangkaan dan perancanaan trade, keluar masuk pasaran, andaian untung dan rugi mestilah dengan mengikut  disiplin dan berdisiplin.

Kita boleh buat analisis yang baik tentang hala tuju harga forex tetapi kita tidak masuk pasaran. Kita tidak masuk pasaran disebabkan beberapa faktor, takut, tidak percaya diri sendiri, mengambil sambil lewa dan keadaan ini kesemuanya ada sangkutan dengan psikologi.

Kita takut rugi adalah emosi kita semata-mata, kita tak percaya diri sendiri juga adalah emosi kita dan dari segi praktikalnya kita mungkin kurang melatih tubi diri kita tentang trading forex. Sambil lewa adalah sikap dan juga ada kaitan dengan pemikiran dalaman  kita yang negatif.

Cara membendung psikologi dan pemikiran kita yang negatif ketika membuat urusan trading forex ialah dengan disiplin, bermakna ikut sahaja apa yang telah kita rencanakan untuk membuat trade. Tolak fikiran negatif dan takut, sampai masa dan ketika buat dan ikut saja apa yang direncanakan.

Cakap memang senang, siapa sahaja pun boleh cakap tetapi nak buatnya memang susah, itu adalah pandangan orang yang bersikap  negatif. Orang yang bersikap positif tidak mahu berfikir tentang negatif kerana dari awal lagi mereka tolak pemikiran negatif dengan penuh disiplin.





 


Wednesday, October 23, 2019

Cara Tambah Untung Dan Kurangkan Kerugian Dalam Niaga Forex


https://cashbackcloud.co?ref=29562
 Klik Gambar Untuk Dapat Rebate

Rebate Forex adalah satu sistem pengembalian tunai kepada peniaga atau trader  forex dari setiap dagangan forex yang dibuat oleh mereka. Pengambalian tunai adalah rebate komisien dari spread yang diberikan oleh broker kepada pengendali rebate dan tunai pula akan dikongsi bersama trader.

Dengan itu ia dapat menambahkan lagi keuntungan di samping dapat mengurangkan kerugian. Ini akan lebih memberi lebih manfaat kepada pelanggan atau trader sekurang-kurangnya dapat mengawal kedudukan kewangan akaun trading mereka.

Apabila anda membuka akaun forex melalui pengendali rebate forex, broker akan kembalikan sebahagian dari spread atau keuntungan kepada pengendali rebate sebagai imbuhan kerana membawa pelanggan untuk mereka. Pendapatan tersebut akan dikongsikan bersama trader sebagai rebate.

Dalam dunia dagangan forex, pengiraan terperinci untung dan rugi amat penting sekali dan ia mesti dimasukkan ke dalam trading plan kita. Oleh itu dengan adanya pengendali rebate forex sekurang-kurangnya dapatlah trader memantapkan lagi pengurusan kewangannya.

 Kita mesti kena ingat dan semaikan dalam jiwa kita iaitu jangan kita sekali-kali abaikan tentang apa yang telah rancangkan untuk trading kita. Apa yang kita dapat dari cashback atau pengendali rebate adalah hasil dari trading kita seperti yang kita buat mengikut ‘ trading plan ‘ kita. Jangan lupa, buat mengikut apa yang telah dirancangkan.

Untuk menikmati keuntungan rebate, trader yang ingin membuka akaun forex  perlu membuka  akaun forex pilihan mereka melalui pengendali rabate forex. Pengendali rebate forex  ada menyenaraikan broker-broker forex yang berurusan dengan mereka untuk trader atau peniaga forex mendaftar. Pandailah trader memilih mana-mana broker mereka suka.

Sebagai contoh,forexcashbackcloud.com menyenaraikan broker-broker forex yang berurusan dengan mereka seperti berikut :


Sebagai trader anda tidak perlu bimbang langsung sebab rebate datangnya dari broker tersebut, apa yang perlu lakukan ialah membuat trade dengan konsisten mengikut apa yang direncanakan.

Anda boleh ke SINI untuk memilih broker anda untuk buat trade dan mendaftar terus dengan pengendali forex anda. Selamat berjaya.



Sunday, October 13, 2019

Program Rakan Kongsi Forex Yang Memberi Pendapatan Lumayan


Mereka yang ada pengetahuan dan kemahiran dalam forex rasanya beruntung sekali. Apa tidaknya, orang yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang forex ini boleh  menghasilkan pendapatan yang lumayan untuk dirinya.

Salah satu cabang untuk mendatangkan hasil lumayan melalui forex ialah dengan menyertai Program Rakan Kongsi atau Partner Program dari syarikat broker forex. Bagi mereka yang menyertai progaram ini, jika dilakukan dengan betul dan bersungguh akan dapat imbuhan yang lumayan sekali.

Ada beberapa jenis program yang disediakan oleh syarikat broker dalam program Rakan Kongsi ini. Program seperti Affiliate dan Introducer Broker adalah program yang selalu disediakan oleh kebanyakan syarikat broker.

Tidak kira apa program dari Partner Program ini kerjanya adalah sama sahaja iaitu membawa pelanggan untuk menjadi trader dan juga mana-mana individu atau syarikat untuk menjadi wakil kepada syarikat broker forex mereka.

Program Partner atau Rakan Kongsi ini ialah program yang begitu profesional sekali.  Program Affiliate dan Introducer Broker ini, selalunya dilakukan oleh mereka yang ada kemahiran dalam bidang urusniaga forex dan juga mereka yang berkemahiran dalam pemasaran online.

Kerjaya seperti ini juga boleh dilakukan oleh sesiapa yang tidak berpengetahuan juga tetapi mempunyai hasrat untuk belajar tentang forex dan pemasaran affiliate. Orang berpengalaman juga tidak akan berjaya jika tidak dilakukan dengan betul dan bersunguh-sungguh.

Progran Partner forex seperti Affiliate adalah dari kebanyakan mereka yang  mengendalikan program pemasaran online. Mereka mempromosi forex di  websites atau blog mereka dan juga media social. Selain itu mereka juga boleh mempromosi secara offline. Begitu juga dengan program Introducer Broker.

Ramai juga yang telah berjaya dalam program seperti ini, dan ada juga di antara mereka yang akhirnya senyap begitu saja. Yang berjaya tahniahlah dan yang kurang berjaya diharap perbaikilah segala kesilapan yang pernah dilakukan.

Walau apa sekali pun program-program seperti ini sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya dengannya. Apa yang perlu kita buat, hanyalah mendaftar dengan mana-mana syarikat broker forex dan usahalah dengan tekun, manalah tahu peluang dalam bidang ini akan bersama kita.

Elok juga diingatkan di sini, bukan semua broker forex itu telus, dan carilah broker yang benar-benar  telus supaya kita sendiri akan tidak tertipu dan teraniaya di kemudian hari jika kita ingin menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya.



 

Monday, October 7, 2019

Peluang Buat Duit Dengan Forex Masih Terbuka Luas


Apa tidaknya, memang peluang membuat duit dengan Forex ini masih terbuka dengan luasnya, hanya terpulang kepada kita untuk mencari jalan sebaiknya meraut hasil dari industri ini.Jika kita bijak dan berfikiran di luar kotak, forex mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada kita. Lihat sahaja sifu-sifu forex di luar sana, bagaimana mereka meraut pendapatan yang lumayan dengan hanya mengadakan kelas forex.

Apa yang penting, kita perlu belajar bersungguh-sungguh tentang selok-belok bermain forex dan apabila dah mahir jadikanlah bidang forex ini sebagai salah satu sumber pendapatan.
Bila kita sudah pandai dan mahir dalam urusniaga forex ini, sumber mendatangkan wang akan terbuka lebih luas lagi dengan beberapa cara seperti membuat trade sendiri, membuka kelas, memberi tution forex dan bermaca-macam lagi.

Kita tidak perlu ada PHD untuk berurusniaga dan mengajar forex. Yang  pentingnya kita mesti tahu cara buat duit dengan forex dan ajarlah mereka cara yang betul meraut keuntungan melalui urusniaga forex.

Sebolehnya kita kena buat duit dahulu baru kita boleh ajar orang nak buat duit dengan berforex. Tunjukkan bukti dahulu kepada mereka yang selama ini begitu skeptikal tentang forex cara nak buat duit dengan cara yang betul. Bukan cara buat duit forex melalui MLM yang memang sudah disahkan sebagai penipu.

Cuba bayangkan berapa ramai orang kita kena tipu dengan scammers MLM yang menggunakan nama forex untuk buat duit ? Scammers ini sanggup buat apa saja janji dapat duit banyak, jadi penipu pun tak apa. Susah-sangat mereka ini menghilangkan diri untuk beberapa tahun.

Ramai yang kena tipu puluhan dan ratusan ribu RM bukan kerana mereka bodoh atau daif tentang pelaburan, tetapi mereka ini kurang pendedahan tentang cara buat duit sebenar dan ada juga yang bersikap  hidup dengan goyang kaki dan nak dapat duit banyak

Bayangkan siapa yang tak nak ikut  jika kita dapat tunjukkan kepada mereka tentang ilmu buat duit melalui urusniaga forex. Mungkin dalam 10 orang yang kita jumpa mungkin 2 atau 3 orang yang menolak atas sebab-sebab tertentu, dan yang lain-lainnya tidak akan menolak.

Saya katakan begitu kerana saya sendiri pernah mencubanya. Sebab-sebab mereka menolaknya adalah seperti forex itu haram dan terlalu skeptikal, tak tahu langsung pasal forex, dan yang paling bestnya mereka amat berminat dan suruh kita buat duit untuk mereka.

Cara buat duit dengan forex adalah salah satu cara sebenar, peluang dalam pasaran forex sentiasa terbuka untuk sesiapa saja sekarang ini nak buat duit. Yang penting, mestilah ada kesungguhan dan buatlah dengan jujur dan ikhlas, InsyaAllah rezeki akan datang kepada kita dan percayalah.