Home » » Cantuman Strategy Forex Dan Psikology Yang Tidak Merugikan

Cantuman Strategy Forex Dan Psikology Yang Tidak Merugikan

Aku selalu dengar dan terbaca tentang berbagai strategi yang boleh mendatang untung hasil dari penggunaan strategi tersebut. Namun tidak ada satu strategipun yang dapat memberi ketepatan  100%. Ini adalah fakta.

Bagi aku trading strategy yang baik itu adalah keupayaan trader dapat mencantum beberapa strategy untuk menampung kelemahan strategy yang lain.

Sistem A mungkin mempunyai kelamahan tentang pergerakan yang agak lagging, tetapi Sistem B dapat menampung kelemahan lagging tersebut.

Mungkin Sistem C tidak dapat tunjuk tahap maksima pergerakan harga dan mungkin juga Sistem D dapat memberi gambaran tahap sejauh mana harga akan sampai.

 Bagi aku apa yang dikatakan startegy itu tidak akan lengkap jika ia tidak disusuli dengan teknik-teknik trading yang betul dan padat. Maka hasil dari kombinasi kesemua strategy dan teknik itu boleh dijadikan strategy yang mantap.

Walaupunbegitu, strategy yang mantap tidak akan dapat memberi analisis yang tepat 100%, ini kerana kita sebagai manusia yang mencipta strategy memang terbatas.

 Apapun, aku percaya jika manusia dapat mencipta sesuatu yang hampir atau melebihi sedikit daripada 95% sudah dikira baik untuk meraih keuntungan dalam forex. Inipun belum tentu jika psikologi pengguna trader itu juga kurang mantap.

Apa yang aku lihat, kejayaan dalam urusniaga forex sebenarnya tertumpu 80% kepada strategy, tetapi jangan lupa selebihnya adalah dikuasai oleh psikologi, termasuklah keyakinan diri dan disiplin.

Kita mungkin boleh masukkan pengurusan kewangan, cara trade dan analisis yang lain dalam satu strategy, tetapi kalau psikologi seperti emosi dan disiplin yang bersangkutan berkecamuk maka segala peluang yang ada akan terlepas begitu sahaja.

Kadangkala dengan segala strategy yang mantap sekalipun ganguan fikiran kita akan menyebabkan kita tidak masuk trade atau pasaran. Planning sudah cukup tapi tidak dilaksanakan.

Banyak orang boleh membuat satu perancangan yang baik, tetapi janganlah jadikan ianya sis-sia sahaja kerana diganggu oleh perasaan yang boleh merosakkan apa yang telah kita rancangkan.


0 comments:

Popular Posts

Blog Archive