Home » » Covid-19 Dan Kesannya Terhadap Pemain Forex

Covid-19 Dan Kesannya Terhadap Pemain Forex

Salam sejahtera, artikel ini tidak akan membincangkan fasal kesannya terhadap ekonomi dan juga terhadap pasaran kewangan seterusnya. Memang pasaran kewangan terjejas kalau dipandang dari sudut votalitinya.

Itu tidak mengapa, itu kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, kita Cuma boleh menanganinya sahaja. Kita tetap kena bersabar dan cari jalan untuk tidak di jangkiti kuman Covid-19, itupun sudah mencukupi.

Syukur Alhamdullillah, kerajaan kita sedang seboleh-bolehnya membantu kedudukan ekonomi rakyat yang diakibatkan oleh Covid-19. Dan kita juga sudah tahu tentang kedudukan warga-warga pekerja, petani , peniaga kecil, kilang, koperat dan orang ramai.

Kita sebagai pemain forex bagaimana dan apa yang harus kita buat ? Nak main forex ke atau nak simpan duit untuk survive dalam keadaan PKP ini. Jika terjadinya Lockdown macam-mana. Apapun kita kena berdoa kepada Allah untuk kebaikan.

Sebagai pemain forex yang selama ini bermain forex di rumah, mungkin ada yang membuat trading di pejabat. Apa sekalipun, dalam keadaan sekarang ini membuat trading di rumah adalah memang paling sesuai sekali. Nak cari makan cara di rumah saja pun boleh bagi pemain forex.

Pemain forex tidak perlu keluar hantar barang, tidak perlu pergi bank sangat dan duduk di rumah buat trading sahaja. Dalam masa sekarang di luar sana tidak boleh buat seminar forex pun tetapi melalui internet boleh saja.

Pemain forex boleh bergantung nasib di rumah, untung dan rugi semuanya di rumah, buatlah trade dengan tenang dan penuh keyakianan. Hindarkan diri dari di jangkiti Corona Virus.





0 comments:

Popular Posts

Blog Archive