Home » » Cara Nak Belajar Dan Mahirkan Diri Dengan Forex

Cara Nak Belajar Dan Mahirkan Diri Dengan Forex

Salam hormat kepada sesiapa yang menjumpai tulisan ini. Mungkin sesetengah orang sudah mempraktikan cara ini, tetapi saya nak juga menulisnya sebagai peringatan. Jika anda benar-benar berminat tentang forex dan anda ingin memcubanya, disini saya akan tunjukan kepada anda cara-caranya. Ini bukanlah satu rahsia cuma ia memerlukan initiative untuk membuatnya.

Caranya, jika anda ingin menghadiri kursus forex saya sarankan anda ikutilah kursus forex secara ‘personal coaching’. Bukanlah kursus beramai-ramai itu tidak bagus, tetapi dalam ramai-ramai tu ada yang malu nak bertanya tutor dan bukan semua peserta dapat mengikuti pelajaran dengan mudah, ada yang ‘slow pickup’ macam saya. Slow pick up bukanlah bererti seseorang itu bodoh, cuma mereka mengambil masa yang agak lama sedikit untuk nak menangkap sesuatu perkara, itu saja. macam saya juga. Dan anda kenalah sediakan wang secukupnya untuk menuntut dengan sifu-sifu forex termasuklah wang untuk membuat modal nak trade forex.

Sebagai seorang protégé anda mestilah pastikan tutor yang akan menjadi mentor anda itu mestilah seorang yang berkalibar dan mempunyai rekod kemenangan yang baik dalam urusniaga forex. Sebagai seorang mentor ia hendaklah   mencurahkan segala pengetahuan yang ada dan harus melatih anda menjadi seperti dia, walaupun tidak seratus peratus, apa yang penting anda mestilah berkebolehan seperti mentor anda juga. Anda janganlah duplicate diri anda seperti dia, apa yang saya maksudkan ikut cara orang dah berjaya. Anda mestilah praktikan benda-benda  seperti dibawah ini jika anda ingin menjadi seperti mentor anda.

Perkara-Perkara Yang Anda Mesti Buat:
--    Membuat latihan semasa trading hours.
--    Mengikut setiap cara mentor anda mengendalikan urusniaga forex.
--    Memahami dan mengikuti system yang mentor anda gunakan termasuk penggunaan trading tools dan indicators.
--    Mengikuti cara mentor anda membuat trading satu persatu dengan kebanyakan trading itu menang.
--    Anda daftar akaun actual selain akaun demo.
--    Mengeluarkan modal (modal kecil) untuk akaun actual walaupun memakan masa sedikit.
--    Membuat trading dengan diawasi oleh mentor anda. Berlatih dengan akaun demo dan membuat actual trading.
--    Mentor anda akan membimbing anda membuat trading yang betul dan anda sendiri boleh mengetahuinya. Dan jika kebanyakan actual trading anda beroleh kejayaan maka sebaik-baiknya ikutlah caranya jika ia membawa keuntungan kepada anda.

Seorang mentor yang ikhlas akan menurunkan segala ilmu kepada protégénya dan seorang protégé yang ikhlas akan belajar tanpa syak  wasangka demi untuk kebaikan dan kerana Allah.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive