Home » » Bezanya Urusniaga Forex Dibandingkan Dengan Perniagaan Lain

Bezanya Urusniaga Forex Dibandingkan Dengan Perniagaan Lain


Dalam kehidupan kita yang serba moden dan canggih ini, apa pekerjaan yang harus kita buat untuk mencari pendapatan janganlah terlalu memilih sangat. Buat apa yang boleh asalkan halal dan tidak menyalahi undang-undang.

Dalam bidang forex trading juga, mampu memberi pandatan lumayan kepada kita jika kita buatnya dengan bersungguh-sungguh. Percaya atau tidak bidang ini mampu memberi kesenangan dengan masa yang pantas sekali.

Kenapa saya kata bidang ini mampu memberi pendapatan yang cepat, kerana selain modal yang diperlukan bidang ini banyak tertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Bidang forex trading ini tidak memerlukan tenaga fizikal yang banyak, tidak seperti sesetengah bidang lain yang memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjalankan kerja mereka.

Forex trading adalah bidang yang banyak memerlukan tenaga berfikir. Jika seseorang trader itu dapat memikir cara yang betul dalam bidang ini, ia sudah selangkah kaki menuju kejayaan.

Jika seorang trader itu dapat berfikir secara positif dan melaksanakan secara konsisten, ia tidak akan ketinggalan untuk mencapai kenikmatan dalam bidang forex trading ini.

Apa yang dikatakan berfikir cara positif…

-    Berfikir untuk mencapai tahap pengetahuan forex sebaik mungkin

-    Berfikir dengan cara positif bagaimana ingin mendapat kemahiran yang tinggi dalam bidang forex ini.

-    Berfikir cara yang baik dan benar untuk menjadikan perncangan yang dibuat akan menjadi lebih mantap dari segi perlaksanaan.

-    Berfikir cara yang terbaik untuk mendisiplinkan diri sendiri.

Apa yang dikatakan melaksanakan secara konsisten…

-    Menjalankan rutin harian sebagai seorang trader seperti membuat analisis dan membuat kerja-kerja sebagai seorang trader.   

-    Melaksanakan dengan penuh tanggung jawab mengikut apa aturcara yang telah dirancangkan dengan penuh disiplin.

Contoh Yang Dikatakan Bidang Ini Tidak Memerlukan Banyak Tenaga Fizikal :

-    Segala urusan pedaftaran hanya melalui secara online

-    Membuat trading dan juga membuat deposit secara online.

-    Bagi seorang Affiliate atau IB banyak juga mengendalikan urusan secara walaupun sesetengah urusan secara offline.

-    Seorang yang OKU juga mampu membuat kerja-kerja berkenaan forex melalui online.

-    Segala maklumat mengenai forex dan lainya dengan mudah didapati hanya melalui secara talian tidak perlu berlari ke sana-sini lagi.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai sekali orang mula berjinak dan mencuba dalam bidang ini walaupun banyak yang menyatakan bidang forex online ini amat berisiko tinggi. Apapun telah terbukti bahawa ramai sekali  yang sudah berjaya dalam bidan ini, dan ramai yang telah menjadi jutawan.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive