Home » » Selamat Tahun Baru 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 

Hari ini baru masuk hari ke 3 tahun 2022, banyak azam lagi yang  boleh di susun untuk memenuhi cita-cita untuk tahun ini. Apa azam kita sekalipun, yang penting ialah perlaksanaannya.

Bagi komuniti forex tak kira di mana mereka berada, bukan tahun barupun mereka selalu berazam untuk mendapat kejayaan dalam urusniaga forex mereka.

Tetapi tahun baharu kali ini agak berbeza sedikit kerana keadaan kita selepas diuji oleh Allah dengan Covid yang belum lagi habis sepenuhnya ditambah dengan banjir. Sabarlah sahaja, ini hanyalah dugaan.

Bagi mereka yang telah terjebak dengan bencana alam ini, bersabarlah dengan ujian ini. Banyak sekali kerugian yang telah dialami oleh mereka, namun kita tetap mahu meneruskan kehidupan.

Kita tidak dapat salahkan sesiapa kerana ini hanyalah satu ujian dariNya, teruskan kehidupan ini walaupun kita tidak dapat apa yang sepatutnya bantuan dari pihak pemerentahan.

Warga forex agak bernasib baik kerana urusniaga forex dijalankan melalui talian. Tetapi peralatan yang mungkin rosak akibat banjir seperti komputer dan sebagainya juga melibatkan ribuan ringgit juga.

Aku sebagai trader seperti orang lain juga dengan keazaman masing-masing, sama ada dapat materializekan belum tentu lagi. Apa yang perlu aku buat, buatlah saja. Buat apa yang perlu kita buat.

Dalam urusniaga forex online ini, banyak benda yang kita perlu updatekan untuk diri kita dan urusniaga forex kita. Kalau selalunya kita banyak buat deposit dan tidak pernah withdraw langsung, cubalah cari jalan buat duit pula.

Jika sistem yang kita gunakan mungkin tak sesuai dengan kita dan tak menjadi, carilah mana-mana sistem trading yang sesuai dengan kita.  Ada sistem di pasaran kita boleh dapatkan dengan percuma sahaja.

Aku juga ada banyak sistem dan indicator ( bukan aku punya) yang aku simpan, boleh saja cari di internet dan download saja. Beribu-ribu indicator ada cari dan pilih mana yang sesuai.

Untung dan rugi adalah adat dalam urusniaga forex, asalkan jangan buatkan rugi lebih banyak dari untung sudahlah, kalau jadi macam tu cari lagi indicator dan sistem yang lebih baik.

Cara diri kita berfikir dan beranggapan tentang forex trading juga perlu diubah-suai mengikut peredaran masa dan kewangan kita. Kalau tak mampu melabur banyak, laburlah sikit janji dapat bermula dan bermain-main dengan forex.

Kalau tak mampu main 10 sen 1 lot, main saja 1 sen untuk satu lot. Tidak menjadi kesalahan langsung jika kita bermula secara kecil-kecilan.

Aku percaya kerana bermain dengan modal kecil  juga ramai yang ingin mencuba mencari peluang dalam forex. Tak hairanlah kenapa ramai sekali  yang menceburkan diri dalam urusniga forex.

Aku yang menulis inipun masih mencari-cari sistem dan cara terbaik untuk aku, dan kalau boleh aku sendiri tak mahu rugi langsung. Tetapi dan kebenarannya, rugi tetap ada.

Kita juga tidak boleh menganggap industri forex ini hanyalah untuk buat trade sahaja. Ada banyak cara jika kita hendak buat duit dalam industri ini. Mereka otai-otai ramai yang dah buat duit walaupun tidak beri tumpuan kepada trading.

Ada yang buat duit melalui mengajar orang bermain forex, ada yang menjadi IB dan Affiliate forex untuk buat duit. Ada tenaga pengajar forex secara individu dan banyak cara lagi untuk buat duit dalam forex selagi industri ini masih lagi wujud.

So, tidak ada sebab kita tak boleh buat duit dalam industri forex online ini jika kita betul-betul rancang dan laksanakan. Insyaallah selagi kita mahu laksanakan apa yang kita rancang, rezeki itu datang juga, hanya masa dan ketikanya sahaja.

Baik, selamat menceburkan diri bagi yang belum merasai pahit maung dalam arena forex ini. Bagi yang suka cabaran dan yang anggap diri mereka sebagai risk takers, cubalah forex trading yang penuh dengan cabaran ini. Selamat tahun 2022.


0 comments:

Popular Posts

Blog Archive