Keadaan Forex Yang Boleh Trade


Carta diatas menunjukan kesinambungan keadaan forex yang boleh trade dan tidak. Keadaan ini kadang-kadang berlaku dengan rupa bentuk yang sama, cuma yang berlainannya ialah ada yang untuk jual dan ada yang untuk beli.

Perancangan Urusniaga Forex

Urusniaga forex seperti juga urusniaga yang lain perlukan perancangan yang rapi supaya urusniaga tersebut dapat dijalankan dengan berjaya. Kejayaan dalam urusniaga forex adalah dapat  membuat keuntungan yang konsisten.

1. Matlamat atau goal kita
-- Apakah tujuan kita untuk berurusniaga forex, keuntungan?
-- Kalau keuntungan, berapa?
-- Jadikan keuntungan tertentu sebagai pengukur untuk kita menjayakan dan mencapainya.
-- Apakah kita mampu mencapainya?
-- Matlamat kita hendaklah matlamat yang kita mampu mencapainya.

2. Apakah bahan untuk kita melaksanakan untuk mencapai matlamat kita?
-- Bahan pertama kita adalah modal.
-- Bahan kedua kita ialah pengetahuan tentang sistem urusniaga forex  yang menguntungkan dan termasuk sistem pengurusan kewangan kita.

3. Disiplin
Kita rancanglah dengan sebaik-baiknya perancangan, jikalau ia tidak dilaksanakan dengan betul-betul maka ia akan jadi sia-sia. Kita hendaklah bertindak dengan  mengikut apa yang kita  dirancangkan, dan segala rancangan kita ingin dilakukan mestilah dilakukan dengan penuh berdisiplin. Disiplinlah yang memainkan peranan  penting dalam melaksanakan pelan tindakan kita. Jika segala-galanya sudah dilakukan maka berserahlah kepada Allah kerana Ia lah penentu segala-galanya.

Imbasan Gold

Seronok tengok image Gold H1 diatas, bermula dengan menguncup panjang dan setelah lama ia membuat breakout arah baru yang begitu panjang dan kembali membuat alih arah baru dan disambungnya lagi dengan menguncup yang tidak dapat dihidu beapa panjangnya.

Alasan Tersendiri Untuk Bermain Forex

Ramai yang percaya bermain forex boleh merugikan, tetapi masih ramai lagi diluar sana pelabur yang bermain forex dan ramai lagi muka-muka baharu yang berkecimpung dalam permainan ini. Keluar masuk dalam pelaburan sudah menjadi adat. Pelaburan mana yang boleh buat duit, disitulah mereka akan pergi. Pelaburan dalam forex memang boleh buat duit, siapa kata tidak boleh? Itulah soalan yang selalu kita dengar dari mulut trader sendiri terutamanya dari trader yang sudah 'seasoned' atau lain perkataan dipanggil otai atau juga 'old timer'.

Bermain forex bagi seasoned traders ini ibarat kerja. Sampai masa sahaja mereka akan buat trade. Bukan setakat buat trade sahaja, mereka buat kerja rumah, mereka ada sistem, mereka buat kajian yang mendalam tentang forex. Mereka tidak akan jemu-jemu membuat analisis tentang forex kerana mereka sedar disitulah pendapatan mereka datang dan disitulah sumber pencarian rezeki mereka. Mereka ada alasan tersendiri untuk bermain forex walaupun ianya telah pun difatwakan sebagai haram dinegara kita ini. Serupa juga dengan orang islam yang lain yang bekerja dibank-bank,  dikilang-kilang arak dan resort tempat perjudian berpuluh tahun lamanya mempunyai alasan tersendiri untuk bekerja semata-mata untuk menyara hidup sekeluarga.

Bukan semua orang boleh bermain forex. Hanya orang yang betul-betul percaya yang forex boleh mendatangkan duit yang mampu bermain dengannya. Maksud mampu disini tidak terhad kepada modal sahaja, jiwa kita juga mesti mampu menerima forex bahawa ianya benar-benar dapat menghasikan pendapatan. Orang yang percaya yang forex boleh memberi pendapatan kepadanya akan berusaha sepenuh jiwa untuk mencari satu kaedah atau sistem yang benar-mampu memberi keuntungan kepadanya. Jika kita rajin berusaha sambil berdoa dan mencari kaedah terbaik untuk berforex, satu hari nanti kita akan terjumpa juga satu kaedah yang paling baik dan sesuai untuk kita jadikan ia tempat bergantung untuk membina kejayaan melaluinya.

Analisis Forex Secara Rasional

Dalam image diatas menunjukan kekuatan trend menurun. BB Stop merah seolah-olah bertindak sebagai benteng pertahanan yang sungguh kuat sehinngakan deretan harga tidak mampu menebusi tembok BB Stop merah ini. Di kawasan trend menurun terdapat banyak terjadinya temporary reversal atau beralih arah harga sementara yang mampu bermain dikawasan bawahan sahaja. Walaubagaimanapun petunjuk GP Reverse dan Super Signal v3f mampu memberi cabaran dengan terjadinya peralihan arah harga yang agak panjang, namun begitu ia juga dapat dipatahkan juga oleh indicator yang sama ia itu GP Reverse itu sendiri.

Nasihat Forex

Kita bermain forex perlu banyak sabar, kalau tak sabar macam mana nak dapat untung. Dalam gambar diatas, kotak kuning menunjukan masa untuk kita bersabar dan dalam bulat lonjong menunjukan masa untuk buat untung selepas bersabar.

Bertukar Trend Dalam Forex


Bollinger Band memang alat trading teknikal yang memang boleh dipelbagaikan dan terpulanglah pada sipemakainya untuk mempelbagaikan cara bacaan atau analisis menggunaka alat ini. Dalam gambar diatas dalam setiap kotak kuning menunjukan trend bertukar dan dalam keadaan yang sama Bollinger Band mengecilkan dirinya. Tidak berapa lama selepas itu indicator lain seperti BB Stop mengesahkan bahawa trend benar-benar telah tukar dan beralih arah. Disaat ini juga perlunya seseorang trader itu mengambil keputusan untuk bertindak samada menjual ataupun membeli.

Modal Besar dan Bermain Kecil Cara Yang Paling Selamat Berforex

Semua orang tahu bermain dengan forex ini sangat berisiko tinggi. Salah satu cara untuk mengawal adalah dengan mengira risiko itu sendiri. Kita boleh memulakan bermain forex dengan bermodal besar tetapi bermain dengan margin yang kecil.
Katakan,

Untuk 1 lot Akaun Cent atau Micro katakanlah  memerlukan 13 usd untuk bermain bagi 10 cent/pip
Tahap call margin sampai 20%

Apa salahnya kita menyediakan 20 lot ia itu 13 usd * 20 = 260 usd dan bermainlah tidak melebihi 4 lot.
Untuk 4 lot hanya memerlukan 53 usd, kalau susah sangat bermainlah dengan hanya 2 lot.

Cara bermain ialah mengikut trend ( boleh ikut seperti dalam tip dalam bog ini sebagai contoh )
Setiap kali ada trend baru masuk dan tunggulah hingga dapat beberapa pips dan keluar secara hit and run dan jangan tunggu lama-lama.

Saya berkata begitu kerana kedudukan kita mempunyai sustaining power atau modal pertahanan yang kuat umpama air banyak ikan tak mati.

Saya mengesyorkan cara ini ialah semata-mata untuk mengajar diri kita memberanikan diri untuk berforex dengan menggunakan suataining power yang kita ada, jika tidak gunakanlah secara cut loss jika apa-apa berlaku kepada pergeraka harga. Yang penting dengan cara ini kita akan tahu mengapa untung dan kenapa kita boleh rugi.

Senario Forex


Dalam screenshot diatas menunjukan pertukaran trend berlaku ketika Bollinger Band mula mengecil. Ketika dalam trend menaik, BB Stop biru berada dibawah sekali sehinggalah bertemu dengan harga dalam Bollinger Band mengecil dituruti BB Stop merah menambil alih untuk berada diatas dalam keadaan trend menurun.Begitulah keadaan pasaran akan bersilih ganti dengan perangai indicator yang agak stereotype membolehkan kita menghidu pertukan trend yang akan berlaku.

Selalu Terlepas Indicator

Kadang-kadang bila teringat lawan-kawan bersungut pasal tak sempat nak masuk market sebab selalu sahaja terlepas, terasa juga kesian dan ini selalu juga berlaku kepada saya. Bila kita tunggu indicator, dia lambat mai dan bila kita pergi mana-mana dan bila balik dan jengok market kita sudah terlepas. Indicator yang kita dok tunggu dah pun berlalu. Sebenarnya bermain dengan forex ini kita kena banyak bersabar, itu pasal bukan semua orang boleh bermain forex. Bagi yang tak sabar, forex bukanlah mainannya, carilah pelaburan lain yang tidak perlu kepada kesabaran.


Forex dan Urusniaga

Memang tidak begitu susah jikalau kita ingin melabur dalam forex. Modal permulaan untuk berforex tidaklah begitu tinggi sangat, dengan RM 10 sekalipun kita boleh bermain forex. Kalau kita bandingkan dengan pelaburan yang lain, forexlah yang yang dapat memberi peluang kepada kebanyakan orang untuk melabur. Tetapi kita juga mesti kena ingat bahawa pelaburan dalam forex tidak sama dengan kebanyakan pelaburan lain seperti amanah saham, stock dan shares, malah mirip pelaburannya banyak kepada permainan pasaran hadapan dan spot. Permainan ini bukanlah calang-calang permainan, dan ia sememangnya berisiko tinggi.

Berurusniaga dengan forex amat memerlukan kemahiran individu yang tinggi, namun ia tidaklah sesusah mana untuk melakukannya asalkan kita mahu belajar darinya. Ramai juga dikalangan pelabur forex atau trader dapat berurusniaga forex dengan baik sekali. Untung dan rugi adalah adat permanian saham, mana ada perniagaan yang tidak ada rugi langsung. Permainan forex memang berisiko tinggi, itulah faktanya. Tetapi dari permainan forex ini juga dapat memberi pulangan yang tinggi sekali jika kita dapat kendalikannya dengan baik dan bersistematik.

Ramai yang menyatakan sembilan puluh lima peratus pelabur rugi dalam bermain forex walaupun fakta sebenar tidak dapat diketahui. Apa yang diketahui ramai yang rugi dan ramai yang untung. Setiap individu yang bermain forex itu tahu, apa itu forex dan jika semua pemain forex yang rugi takkan lah masih ramai lagi yang bermain dengannya. Bagi saya seseorang yang bermain forex yang pernah merasa untung dan rugi dan tahu kenapa dan mengapa ia untung atau rugi tidak akan meninggalkan forex melainkan fakta lain seperti hukum agama yang menidakkan ia.

Petunjuk Indicator Yang Berulang dan Meyakinkan

Cuba anda lihat dari screenshot ini, kombinasi dari indicator yang agak stereotype dan  berlakunya berulang-ulang, secara psikiloginya dapat memberikan keyakinan sepenuhnya kepada trader
untuk membuat trade.

Perlunya Indicator Sebagai Panduan Untuk Berurusniaga Forex

Berurusniaga dengan forex ini tidaklah terlalu susah sangat dan tidaklah memudaratkan sangatpun kerana modal untuk kita mencuba dengannya tidak terlalu tinggi. Kalau setakat kita nak buat ratus-ratusan RM setiap bulan sebagai duit tambahan memang boleh jikalau kita ada cara nak buat trade dengan jalan yang betul.

Lebih baik saya huraikan sedikit sebanyak cara nak buat duit dengan forex secara yang paling mudah sekali. Mulakan dengan satu cara atau kaedah yang membolehkan buat trade dengan berkeyakinan tinggi. Sistem adalah paling utama dan punca segala-galanya, kerana sistem yang baik dan yang boleh diharapkan untuk  buat duit darinya akan menambahkan lagi keyakinan trading kita secara psikologinya. Sistem yang meyakinkan adalah sistem yang dapat memberi tahu kita tentang beberapa perkara dibawah:

1. Sistem yang mempunyai petunjuk beralih arah atau reversal.
2. Sistem yang dapat menunjukan trend dalam pergerakan harga forex.
3. Sistem yang dapat menunjukan hala tuju harga forex.
4. Sistem yang dapat mengesahkan reversal atau trend benar berlaku.
5. Sistem yang dapat menunujukan kedudukan semasa pasaran, samada naik, turun atau mendatar.
6. Sistem yang dapat menunujukan masa yang paling baik untuk masuk masuk atau keluar pasaran.

Untuk menjadikan sistem yang lengkap dan yang merangkumi kesemua petunjuk diatas, kita memerlukan indicator-indicator yang mudah difahami dan yang sesuai dengan kehendak kita untuk dikombinasikan. Masukan kesemua indicator yang diperlukan keMT4 dan gunakan platform demo. 

Cara menguji sistem,

1. Apa bila jumpa indicator reversal atau beralih arah,cuba masuk pasaran dan tinggalkannya beberapa jam dan selepas itu kembali dan keluar dari pasaran. Tengok dan lihat apa yang kita dapat, untung atau rugi. Buat uji sebanyak kali yang mungkin supaya kita dapat tahu kemampuan indicator kita. Seboleh-bolehnya kita keluar pasaran dengan menggunakan indicator reversal juga untuk permulaan. Buat uji banyak kali dan jika kita ia dapat memberi sekurang-kurangnya 94%, itu sudah kira baik dan jangan berhenti disitu sahaja, carilah kelemahan yang ada dalam sistem kita walaupun ia dapat memberi ketepatan yang tinggi. Dalam sistem forex trading, kelemahan selalunya berada didalam kekuatan sistem itu sendiri.


Keadaan Pasaran Forex Yang Menguntungkan

Selagi anda ternampak atau terlihat kedudukan pasaran seperti dalam image ini, selagi itulah anda akan dapat melihat
keuntungan.

Popular Posts

Blog Archive