Home » » Perlunya Indicator Sebagai Panduan Untuk Berurusniaga Forex

Perlunya Indicator Sebagai Panduan Untuk Berurusniaga Forex

Berurusniaga dengan forex ini tidaklah terlalu susah sangat dan tidaklah memudaratkan sangatpun kerana modal untuk kita mencuba dengannya tidak terlalu tinggi. Kalau setakat kita nak buat ratus-ratusan RM setiap bulan sebagai duit tambahan memang boleh jikalau kita ada cara nak buat trade dengan jalan yang betul.

Lebih baik saya huraikan sedikit sebanyak cara nak buat duit dengan forex secara yang paling mudah sekali. Mulakan dengan satu cara atau kaedah yang membolehkan buat trade dengan berkeyakinan tinggi. Sistem adalah paling utama dan punca segala-galanya, kerana sistem yang baik dan yang boleh diharapkan untuk  buat duit darinya akan menambahkan lagi keyakinan trading kita secara psikologinya. Sistem yang meyakinkan adalah sistem yang dapat memberi tahu kita tentang beberapa perkara dibawah:

1. Sistem yang mempunyai petunjuk beralih arah atau reversal.
2. Sistem yang dapat menunjukan trend dalam pergerakan harga forex.
3. Sistem yang dapat menunjukan hala tuju harga forex.
4. Sistem yang dapat mengesahkan reversal atau trend benar berlaku.
5. Sistem yang dapat menunujukan kedudukan semasa pasaran, samada naik, turun atau mendatar.
6. Sistem yang dapat menunujukan masa yang paling baik untuk masuk masuk atau keluar pasaran.

Untuk menjadikan sistem yang lengkap dan yang merangkumi kesemua petunjuk diatas, kita memerlukan indicator-indicator yang mudah difahami dan yang sesuai dengan kehendak kita untuk dikombinasikan. Masukan kesemua indicator yang diperlukan keMT4 dan gunakan platform demo. 

Cara menguji sistem,

1. Apa bila jumpa indicator reversal atau beralih arah,cuba masuk pasaran dan tinggalkannya beberapa jam dan selepas itu kembali dan keluar dari pasaran. Tengok dan lihat apa yang kita dapat, untung atau rugi. Buat uji sebanyak kali yang mungkin supaya kita dapat tahu kemampuan indicator kita. Seboleh-bolehnya kita keluar pasaran dengan menggunakan indicator reversal juga untuk permulaan. Buat uji banyak kali dan jika kita ia dapat memberi sekurang-kurangnya 94%, itu sudah kira baik dan jangan berhenti disitu sahaja, carilah kelemahan yang ada dalam sistem kita walaupun ia dapat memberi ketepatan yang tinggi. Dalam sistem forex trading, kelemahan selalunya berada didalam kekuatan sistem itu sendiri.


0 comments:

Popular Posts

Blog Archive