Home » » Alasan Tersendiri Untuk Bermain Forex

Alasan Tersendiri Untuk Bermain Forex

Ramai yang percaya bermain forex boleh merugikan, tetapi masih ramai lagi diluar sana pelabur yang bermain forex dan ramai lagi muka-muka baharu yang berkecimpung dalam permainan ini. Keluar masuk dalam pelaburan sudah menjadi adat. Pelaburan mana yang boleh buat duit, disitulah mereka akan pergi. Pelaburan dalam forex memang boleh buat duit, siapa kata tidak boleh? Itulah soalan yang selalu kita dengar dari mulut trader sendiri terutamanya dari trader yang sudah 'seasoned' atau lain perkataan dipanggil otai atau juga 'old timer'.

Bermain forex bagi seasoned traders ini ibarat kerja. Sampai masa sahaja mereka akan buat trade. Bukan setakat buat trade sahaja, mereka buat kerja rumah, mereka ada sistem, mereka buat kajian yang mendalam tentang forex. Mereka tidak akan jemu-jemu membuat analisis tentang forex kerana mereka sedar disitulah pendapatan mereka datang dan disitulah sumber pencarian rezeki mereka. Mereka ada alasan tersendiri untuk bermain forex walaupun ianya telah pun difatwakan sebagai haram dinegara kita ini. Serupa juga dengan orang islam yang lain yang bekerja dibank-bank,  dikilang-kilang arak dan resort tempat perjudian berpuluh tahun lamanya mempunyai alasan tersendiri untuk bekerja semata-mata untuk menyara hidup sekeluarga.

Bukan semua orang boleh bermain forex. Hanya orang yang betul-betul percaya yang forex boleh mendatangkan duit yang mampu bermain dengannya. Maksud mampu disini tidak terhad kepada modal sahaja, jiwa kita juga mesti mampu menerima forex bahawa ianya benar-benar dapat menghasikan pendapatan. Orang yang percaya yang forex boleh memberi pendapatan kepadanya akan berusaha sepenuh jiwa untuk mencari satu kaedah atau sistem yang benar-mampu memberi keuntungan kepadanya. Jika kita rajin berusaha sambil berdoa dan mencari kaedah terbaik untuk berforex, satu hari nanti kita akan terjumpa juga satu kaedah yang paling baik dan sesuai untuk kita jadikan ia tempat bergantung untuk membina kejayaan melaluinya.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive