Home » » Forex dan Urusniaga

Forex dan Urusniaga

Memang tidak begitu susah jikalau kita ingin melabur dalam forex. Modal permulaan untuk berforex tidaklah begitu tinggi sangat, dengan RM 10 sekalipun kita boleh bermain forex. Kalau kita bandingkan dengan pelaburan yang lain, forexlah yang yang dapat memberi peluang kepada kebanyakan orang untuk melabur. Tetapi kita juga mesti kena ingat bahawa pelaburan dalam forex tidak sama dengan kebanyakan pelaburan lain seperti amanah saham, stock dan shares, malah mirip pelaburannya banyak kepada permainan pasaran hadapan dan spot. Permainan ini bukanlah calang-calang permainan, dan ia sememangnya berisiko tinggi.

Berurusniaga dengan forex amat memerlukan kemahiran individu yang tinggi, namun ia tidaklah sesusah mana untuk melakukannya asalkan kita mahu belajar darinya. Ramai juga dikalangan pelabur forex atau trader dapat berurusniaga forex dengan baik sekali. Untung dan rugi adalah adat permanian saham, mana ada perniagaan yang tidak ada rugi langsung. Permainan forex memang berisiko tinggi, itulah faktanya. Tetapi dari permainan forex ini juga dapat memberi pulangan yang tinggi sekali jika kita dapat kendalikannya dengan baik dan bersistematik.

Ramai yang menyatakan sembilan puluh lima peratus pelabur rugi dalam bermain forex walaupun fakta sebenar tidak dapat diketahui. Apa yang diketahui ramai yang rugi dan ramai yang untung. Setiap individu yang bermain forex itu tahu, apa itu forex dan jika semua pemain forex yang rugi takkan lah masih ramai lagi yang bermain dengannya. Bagi saya seseorang yang bermain forex yang pernah merasa untung dan rugi dan tahu kenapa dan mengapa ia untung atau rugi tidak akan meninggalkan forex melainkan fakta lain seperti hukum agama yang menidakkan ia.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive