Home » » Perancangan Urusniaga Forex

Perancangan Urusniaga Forex

Urusniaga forex seperti juga urusniaga yang lain perlukan perancangan yang rapi supaya urusniaga tersebut dapat dijalankan dengan berjaya. Kejayaan dalam urusniaga forex adalah dapat  membuat keuntungan yang konsisten.

1. Matlamat atau goal kita
-- Apakah tujuan kita untuk berurusniaga forex, keuntungan?
-- Kalau keuntungan, berapa?
-- Jadikan keuntungan tertentu sebagai pengukur untuk kita menjayakan dan mencapainya.
-- Apakah kita mampu mencapainya?
-- Matlamat kita hendaklah matlamat yang kita mampu mencapainya.

2. Apakah bahan untuk kita melaksanakan untuk mencapai matlamat kita?
-- Bahan pertama kita adalah modal.
-- Bahan kedua kita ialah pengetahuan tentang sistem urusniaga forex  yang menguntungkan dan termasuk sistem pengurusan kewangan kita.

3. Disiplin
Kita rancanglah dengan sebaik-baiknya perancangan, jikalau ia tidak dilaksanakan dengan betul-betul maka ia akan jadi sia-sia. Kita hendaklah bertindak dengan  mengikut apa yang kita  dirancangkan, dan segala rancangan kita ingin dilakukan mestilah dilakukan dengan penuh berdisiplin. Disiplinlah yang memainkan peranan  penting dalam melaksanakan pelan tindakan kita. Jika segala-galanya sudah dilakukan maka berserahlah kepada Allah kerana Ia lah penentu segala-galanya.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive