Forex Sepintas Lalu

Komen Forex Sepintas Lalu fokus kepada 4 major pairs.
Malaysian time : 11.00AM

1.  EURUSD H1
Pergerakan harga dalam keadaan mendatar.

2.  USDCHF H1
Harga bergerak dalam keadaan mendatar.

3. GBPUSD H1
Menunjuk sedikit penurunan walaupun dalam keadaan mendatar.

4. USDJPY H1
Masih bergerak dalam keadaan mendatar

Forex Trading Strategy -- Part 3

Dalam posting Forex Trading Strategy yang lalu, saya telah berbincang tentang indicator-indicator tambahan untuk memantapkan lagi pembacaan dan intepretasi kita terhadap sesuatu carta forex. Kali ini saya ingin tambah lagi beberapa alat teknikal dan indicator untuk sempurnakan lagi intepretasi kita terhadap carta forex.

Saya juga suka menggunakan alat teknikal Bollinger Band untuk ditambahkan lagi untuk mengetahui kawasan dimana harga itu berada. Misalnya harga berada dalam kawasan menaik jika ia berada diantara middle dan upper band, dan ia berada dikawasan menurun jika ia berada diantara middle dan lower band. Ia akan berada diatas garisan tengah dan mendatar ketika sideway.
 
Saya suka juga menggunakan indicator seperti FxSniperErgodic CCI dan juga MACD atau pun RSI oscilator untuk menguatkan lagi pembacaan dan intepretasi carta forex.

Forex Trading Strategy -- Part 2

Dalam posting yang lepas ia itu Forex Trading Strategy -- Part 1, saya telah berbincang tentang penggunaan EMA 5, 10, 25 untuk pasaran yang sedang dalam trending. System ini juga memang begitu sesuai sekali digunakan untuk trend namun ia tetap juga mempunyai gerakan yang agak lambat atau lagging.

Saya lebih suka tambah satu lagi indicator moving average untuk dikombinasikan bersama EMA 5, 10, 25. Kacukan indicator ini bersama EMA dapat memberi bacaan atau pun intepretasi gerakan harga dengan lebih baik dan lebih mantab lagi. Indicatornya ialah NonLagMA. Indicator ini mempunyai dua warna, satu untuk menaik dan satunya lagi untuk menurun. Selalunya NonLagMA akan menukar warna dahulu sebelum membuat crossing kepada EMA 5 dan seterusnya EMA 10.

Anda boleh menambah satu lagi indicator sebagai pra-petunjuk selain penggunaan EMA dan NonLagMA. Indicator tersebut ialah SuperSignal V3. Selalunya SuperSignal akan memberi petunjuk reversal lebil awal dan reversal selalunya berlaku selepas dua atau tiga bar. Saya juga menganggap indicator ini sebagai pra-petunjuk.

Lihat SuperSignal------> Lihat NonLagMA-------> Lihat crossing EMA satu persatu


Forex Trading Strategy -- Part 1

Forex trading strategy atau strategy urusniaga forex adalah cara membuat trading forex dengan menggunakan kombinasi indicator dan peraturan yang perlu diikut. Ada banyak trading strategy digunakan dalam pasaran, ada ynag percuma dan ada yang perlu dibayar.

Kita juga boleh mengatur langkah dengan membuat forex trading strategy kita sendiri asalkan kita faham asas beberapa indicator dan membuat peraturan trading kita sendiri. Forex trading strategy yang baik adalah strategy yang mudah. Kita juga haruslah dapat menyesuaikan diri dengan strategy yang kita atur ini.

Untuk permulaan, apa kata kita mulakan dengan Moving Average. Ada beberapa jenis moving average yang kita dapat gunakan dan lebih baik kita mulakan dengan EMA - Exponential Moving Average. Asas penggunaan EMA ini adalah untuk mencari trend dan cara penggunaanya begitu senang sekali.

Kita boleh cuba berbagai parameter seperti EMA 5, EMA 10, EMA 25 ataupun EMA 10, EMA 25, EMA 50. Dalam konteks ini elok juga kita mulakan dengan EMA 5, 10, 25.

Masuk/Keluar

Apabila EMA 5 pintasan terhadap EMA 10 dan seterusnya membuat pintasan EMA 25. Kita boleh masuk atau keluar pasaran. EMA 25 selalu berada diatas sekali apabila pasaran sedang menurun dan berada dibawah apabila pasaran sedang menaik.

Petua

Strategy ini adalah baik digunakan ketika pasaran sedang dalam keadaan trending. Untuk pasaran yang mendatar ia tidaklah efektif sangat untuk menggunakan strategi ini. Oleh kerana strategy in yang agak lagging atau lambat sedikit kita boleh kombinasikannya dengan indicator non lag.

Menunggu Signal

SuperSignal dan GP Reverse telahpun memberi petanda menurun. NonLag MA juga telah bertukar warna menurun. EMA 5, 10 mungkin pada bila masa membuat crossing kebawah. FxSniper Ergodic CCI telah bertemu garisan begitu juga RSI(10).

Malaysian time : 6.50 AM

Analisis Pasaran Forex

Analisis ini dibuat berdasarkan kepada alat teknikal dan indicator seperti Bollinger Band, SuperSignal, GP Reverse, Shi Silver,  Fx SniperErgodic CCI, RSI(10), MACD Alert dan EMA 5, 10.
Malaysian time : 9.40 AM

1. EURUSD H1
Kedudukan Harga :
Harga berada dalam kawasan menurun denga  Bollinger yang mendatar.
Halatuju :
Mendatar
Analisis Indicator :
Harga menunjukan mendatar tetapi GP Reverse telah menunjukan akan terjadinya reversal.
MACD Alert -- Bermain dikawasan bawah paras 0.00.
Fx Sniper Ergodic CCI -- Bermain diparas bawah 0.00.
RSI(10) -- Berada dibawah level 50.
Tindakan :
Tunggu petunjuk dari indicator bersedia untuk menaik.

2. USDCHF H1
Kedudukan Harga :
Harga bermain dikawasan menaik dalam Bollinger yang agak mendatar.
Halatuju :
Harga menurun.
Analisis Indicator
NonLagMA -- Bertukar warna menjadi menurun.
EMA 5, 10 -- Agak lambat belum menunjukan crossing.
Fx Sniper Ergodic CCI -- Garisan bertambah rapat seakan -akan mahu menurun.
RSI(10) -- Menunjukan menurun walau pun belum melepasi level 50.
Tindakan :
Harga seakan menuju penurunan walau bagaimana pun tunggu untuk NonLagMA membuat crossing EMA 5 dan RSI(10) menurun melepasi level 50 untuk jual.

3. GBPUSD H1
Kedudukan Harga :
Berada digarisan middle band.
Halatuju :
Mendatar
Analisis Inducator :
Tiada petunjuk, Bollinger masih mendatar.
Tindakan :
Sideline

4. USDJPY H1
Kedudukan Harga:
Digarisan middle band.
Halatuju :
Mendatar
Analisis Indicator :
Tiada petunjuk.
Tindakan :
Sideline.

Gold -- Analisis Pasaran

Analisis ini dibuat berdasarkan kepada alat teknikal dan indicator seperti Bollinger Band, EMA, SuperSignal V3, NonLagMA, RSI(10), Fx Sniper Ergodic CCI, MACD Alert.
Maklaysian time : 11.40 AM

GOLD
Kedudukan Harga : Sudah masuk kawasan menurun melepasi middle band.
Halatuju : Menuju kebawah- Menurun.
Analisis Indicator :
Fx Sniper Ergodic CCI sudah membuat crossing kebawah melepasi 0.00.
MACD Alert : Melepasi garisan 0.00 kebawah membuat crossing.
RSI(10) : Menurun melepasi garisan level 50.
EMA 5, 10 : Masih menunjukan menurun.
NonLagMA : Masih menurun.
SuperSignalV3 : Sudah menampakan diri.
Tindakan :
Masih boleh buat jualan walaupun sudah agak terlambat, boleh membuat hit and run dan kenalah berjaga-jaga. Paling baik sideline dahulu kerana reversal signal sudah menampakan didi.

Forex Sepintas Lalu

Komen sepintas lalu berdasarkan kepada 4 major pairs:
Malaysian time: 9.40 PM

1.  EURUSD H1
Pasaran berada dalam keadaan menurun.


2.  USDCHF H1
Pasaran berada dalam keadaan menaik, dan sudah nampak menunjukkan reversal

3.  GBPUSD H1
Pasaran berada dalam keadaan squeeze atau mengecil.

4.  USDJPN H1
Pasaran dalam keadaan mendatar squeeze atau mengecil.

Analisis Pasaran Forex

Analisis dibuat berdasarkan kepada alat teknikal dan indicator seperti Bollinger Band, Starc Band, FxSniperErgodic CCI, MAD Alert, Super Signal V3, NonLagMA, Shi Silver dan Asc Trending Signal.

Malaysian time : 8.15 AM

1. EURUSD H1
Kedudukan Harga -- Dikawasan menaik, diatas sedikit daripada garisan middle band.
Halatuju -- Berkedudukan mendatar walaupun menyinding keatas{ascending}.
Anilisis Indicator -- Tidaka ada dari petunjuk indicator setakat ini.
Tindakan -- Tunggu petunjuk atau sideline.

2. USDCHF H1
Kedudukan Harga -- Kawasan menurun menghala garisan middle band.
Halatuju -- Keadaan mendatar yang agak menyinding kebawah{descending}.
Analisis Indicator -- Belum ada petunjuk idicator berlaku.
Tindakan -- Biarkan dan tunggu petunjuk akan datang.

3. GBPUSD H1
Kedudukan Harga -- Diatas garisan middle band.
Halatuju -- Mendatar.
Analisis Indicator -- Tidak ada petunjuk.
Tindakan -- Tunggu pergerakan seterusnya.

4. USDJPY H1
Kedudukan Harga -- Diatas garisan middle band.
Halatuju -- Mendatar atau sideway.
Anlisis Indicator -- Tidak ada petunjuk.
Tindakan -- Tunggu pergerakan seterusnya.

Selamat Berehat Forex Traders

Kaum muslimin dan muslimat di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Ahad 6hb Nov 2011. Saya tidak ketinggalan mengucapakn selamat hari raya Aidil Adha kepada umat islam semua. Muslim forex traders bukan setakat di Malaysia sahaja malah diseluruh dunia menyambut hari yang mulia ini, sekali gus dapat merehatkan minda masing-masing dan selepas itu kembali berentap di arena forex yang penuh mencabar ini. Bagi forex traders yang menganggap forex trading satu perniagaan ingatlah -- Rasullullah  pernah bersabda, '9/10 rezeki itu datang dari perniagaan' maka sambutlah seruan tersebut dan beritiqamahlah  mencari jalan terbaik untuk success dalam bidang forex ini.    

              

Mengetahui Kedudukan Harga Pasaran Menggunakan Bollinger Band

Bagi saya mengetahui kedudukan harga pasaran forex itu sangat penting sekali. Bermula dari kedudukan hargalah saya akan mencari jalan untuk mengetahui halatuju harga atau price direction selanjutnya. Saya menggunakan analysis tool Bollinger Band untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang kedudukan sesuatu harga forex itu. Jika harga berada diantara middle dan upper band dan sedang menaik atau ascending, ini bermakna pasaran dalam keadaan menaik. Disebaliknya jika harga berlegar di kawasan diantara middle dan lower band dan sedang menurun atau descending, pasaran sedang dalam keadaan menurun. Bollinger Band  akan mendatar ketika ia menunjukan kedaan sideway. Ada beberapa sideway yang saya dapat lihat dari bentuk Bollinger Band, pertama, bentuk BB yang mendatar tetapi membesar dan yang kedua, BB mendatar teapai mengecil.

Saya tidak akan menjual ketika harga berada dalam keadaan menaik ataupun ascending. Saya tidak akan membeli ketika harga dalam keadaan menurun. Jika keadaan ascending atau descending sedang kuat, reversal indicators yang saya gunakan tidak dapat menunjukan halatuju yang tepat. Perangai pasaran dan sifat Bollinger Band  boleh menentukan halatuju pasaran dan ianya agak subjective sedikit. Ketaka harga berada dalam keadaan Bolinger Band mendatar dan membesar, reversal dan buy sell indicators boleh membuat ramalan yang agak tepat. Jika keadaan pasaran berada dalam keadaan mendatar mengecil saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan tunggu masa untuk breakout. Selain menggunakan semua 'properties' Bollinger Band, saya juga membacanya dan menginterpretasika dengan cara saya sendiri.

Forex Sepintas Lalu

Komen Sesi Pagi : Waktu Malaysia 7.00 am

Komen berdasarkan pada analisis teknikal Bollinger Band & STARC Band.

EURUSD H1

Mendatar atau Sideway -- Keadaan squeeze -- Tunggu breakout


USDCHF H1

Mendatar atau Sideway -- Keadaan squeeze

GBPUSD H1

Berada di kawasan menurun

USDJPY H1

Mendatar atau Sideway -- Squeeze mengecil

Mahirkan Diri Dan Minda Dengan Forex Trading

Practice Makes Perfect -- Practice, practice, practice dan practice lah sebanyak mungkin, bermula dengan demo account dan register dengan forex forum sebanyak mungkin dapatkan indicator-indicator yang anda boleh menyesuaikan diri dengannya dan cuba buat trade. Jangan berhenti trade, kalau dah tamat tempuh demo account anda tak perlu risau banyak lagi demo account yang lain dalam pasaran.

Saya umpamakan berlatih dalam forex trading seolah-olah kita melalui jalan yang belum pernah kita lalui. Jika hari-hari kita berlalu lalang di jalan yang sama dan apabila kita dah seronok menggunakan jalan itu maka bayangkan segala simpang, pokok tepi jalan, lopak-lopak jalan dan bermacam-macam lagi landmark atau petunjuk yang ada kebanyakannya kita dapat mengecamnya. Begitu juga dengan kemahiran berforex, jika indicator yang kita gunakan itu kita manfaatkan dengan betul, kita buat try and error lama kelamaan kita betul-betul akan dapat kemahirannya.

Perasaan berurusniaga forex dengan demo account tidaklah sama, kiita cuba pula buka akaun yang real dengan mencuba trade dengan modal sekecil-kecilnya seperti micro account. Cubalah ambil 'feel' dengan bertrading dengan duit sebenar. Kalau feel dah ada, keberanian dah ada, disiplinkan diri kita dan  cuba cipta sistem yang sesuai dengan diri kita dan berentaplah dengan forex. Kalau kalah diperengkat awal tak apa dan lagi pun tak banyak duit yang habis dan percayalah disatu hari nanti jika anda tidak berputus asa berentap dan masanya akan tiba apabila permainan kita dengan forex walaupun tidak menguntugkan tetapi tidak rugi, maka itulah permulaanya.

Popular Posts

Blog Archive