Home » » Forex Trading Strategy -- Part 1

Forex Trading Strategy -- Part 1

Forex trading strategy atau strategy urusniaga forex adalah cara membuat trading forex dengan menggunakan kombinasi indicator dan peraturan yang perlu diikut. Ada banyak trading strategy digunakan dalam pasaran, ada ynag percuma dan ada yang perlu dibayar.

Kita juga boleh mengatur langkah dengan membuat forex trading strategy kita sendiri asalkan kita faham asas beberapa indicator dan membuat peraturan trading kita sendiri. Forex trading strategy yang baik adalah strategy yang mudah. Kita juga haruslah dapat menyesuaikan diri dengan strategy yang kita atur ini.

Untuk permulaan, apa kata kita mulakan dengan Moving Average. Ada beberapa jenis moving average yang kita dapat gunakan dan lebih baik kita mulakan dengan EMA - Exponential Moving Average. Asas penggunaan EMA ini adalah untuk mencari trend dan cara penggunaanya begitu senang sekali.

Kita boleh cuba berbagai parameter seperti EMA 5, EMA 10, EMA 25 ataupun EMA 10, EMA 25, EMA 50. Dalam konteks ini elok juga kita mulakan dengan EMA 5, 10, 25.

Masuk/Keluar

Apabila EMA 5 pintasan terhadap EMA 10 dan seterusnya membuat pintasan EMA 25. Kita boleh masuk atau keluar pasaran. EMA 25 selalu berada diatas sekali apabila pasaran sedang menurun dan berada dibawah apabila pasaran sedang menaik.

Petua

Strategy ini adalah baik digunakan ketika pasaran sedang dalam keadaan trending. Untuk pasaran yang mendatar ia tidaklah efektif sangat untuk menggunakan strategi ini. Oleh kerana strategy in yang agak lagging atau lambat sedikit kita boleh kombinasikannya dengan indicator non lag.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive