Home » » Forex Trading Strategy -- Part 2

Forex Trading Strategy -- Part 2

Dalam posting yang lepas ia itu Forex Trading Strategy -- Part 1, saya telah berbincang tentang penggunaan EMA 5, 10, 25 untuk pasaran yang sedang dalam trending. System ini juga memang begitu sesuai sekali digunakan untuk trend namun ia tetap juga mempunyai gerakan yang agak lambat atau lagging.

Saya lebih suka tambah satu lagi indicator moving average untuk dikombinasikan bersama EMA 5, 10, 25. Kacukan indicator ini bersama EMA dapat memberi bacaan atau pun intepretasi gerakan harga dengan lebih baik dan lebih mantab lagi. Indicatornya ialah NonLagMA. Indicator ini mempunyai dua warna, satu untuk menaik dan satunya lagi untuk menurun. Selalunya NonLagMA akan menukar warna dahulu sebelum membuat crossing kepada EMA 5 dan seterusnya EMA 10.

Anda boleh menambah satu lagi indicator sebagai pra-petunjuk selain penggunaan EMA dan NonLagMA. Indicator tersebut ialah SuperSignal V3. Selalunya SuperSignal akan memberi petunjuk reversal lebil awal dan reversal selalunya berlaku selepas dua atau tiga bar. Saya juga menganggap indicator ini sebagai pra-petunjuk.

Lihat SuperSignal------> Lihat NonLagMA-------> Lihat crossing EMA satu persatu


0 comments:

Popular Posts

Blog Archive