Home » » Cara Terbaik Mengawal Emosi Semasa Trading Forex

Cara Terbaik Mengawal Emosi Semasa Trading Forex


Ada yang menyatakan salah satu jalan nak buat duit secara online adalah forex. Saya pun rasakan begitu, jalan nak buat duit dengan urusniaga forex memang ada dan amat terbuka luas. Memang kita nampak jalannya, walaupun kita nampak jalannya, adakah ia senang ?

Sebelum nak sampai ke tahap buat duit dan sukses dengan berforex, pertama sekali kita kena suluh diri kita dahulu. Scan diri kita dahulu sama ada kita mampu atau tidak mengharungi medan forex dengan urusan tradingnya.

Ada beberapa proses yang perlu kita lalui seperti belajar mengenali dan memahami forex, belajar selok-belok trading dan belajar memahami emosi sendiri ataupun psikologi tentang trading forex.

Saya tidak mahu sentuh tentang modal, keberanian dan pengurusan kewangan. Apa yang ingin saya tumpukan adalah tentang perasaan dan emosi seseorang trader. Kita beremosi, begitu juga trader-trader yang lain di seluruh dunia yang membuat trading.

Dalam sistem kawalan emosi bagi seorang trader itu yang menjadi puncanya adalah DISIPLIN. Trader yang berjaya atau sukses adalah trader yang ada disiplin dan mampu mengawalnya. Seorang trader profesional yang berjaya adalah trader yang pandai menggunakan disiplin untuk membuat trading.

Dalam psikologi trading bagi saya, disiplinlah yang mengawal segala-galanya termasuk ‘Money Management ‘ atau Pengurusan Kewangan ketika berforex. Kita membuat jangkaan dan perancanaan trade, keluar masuk pasaran, andaian untung dan rugi mestilah dengan mengikut  disiplin dan berdisiplin.

Kita boleh buat analisis yang baik tentang hala tuju harga forex tetapi kita tidak masuk pasaran. Kita tidak masuk pasaran disebabkan beberapa faktor, takut, tidak percaya diri sendiri, mengambil sambil lewa dan keadaan ini kesemuanya ada sangkutan dengan psikologi.

Kita takut rugi adalah emosi kita semata-mata, kita tak percaya diri sendiri juga adalah emosi kita dan dari segi praktikalnya kita mungkin kurang melatih tubi diri kita tentang trading forex. Sambil lewa adalah sikap dan juga ada kaitan dengan pemikiran dalaman  kita yang negatif.

Cara membendung psikologi dan pemikiran kita yang negatif ketika membuat urusan trading forex ialah dengan disiplin, bermakna ikut sahaja apa yang telah kita rencanakan untuk membuat trade. Tolak fikiran negatif dan takut, sampai masa dan ketika buat dan ikut saja apa yang direncanakan.

Cakap memang senang, siapa sahaja pun boleh cakap tetapi nak buatnya memang susah, itu adalah pandangan orang yang bersikap  negatif. Orang yang bersikap positif tidak mahu berfikir tentang negatif kerana dari awal lagi mereka tolak pemikiran negatif dengan penuh disiplin.





 


0 comments:

Popular Posts

Blog Archive