Home » » Peluang Buat Duit Dengan Forex Masih Terbuka Luas

Peluang Buat Duit Dengan Forex Masih Terbuka Luas


Apa tidaknya, memang peluang membuat duit dengan Forex ini masih terbuka dengan luasnya, hanya terpulang kepada kita untuk mencari jalan sebaiknya meraut hasil dari industri ini.Jika kita bijak dan berfikiran di luar kotak, forex mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada kita. Lihat sahaja sifu-sifu forex di luar sana, bagaimana mereka meraut pendapatan yang lumayan dengan hanya mengadakan kelas forex.

Apa yang penting, kita perlu belajar bersungguh-sungguh tentang selok-belok bermain forex dan apabila dah mahir jadikanlah bidang forex ini sebagai salah satu sumber pendapatan.
Bila kita sudah pandai dan mahir dalam urusniaga forex ini, sumber mendatangkan wang akan terbuka lebih luas lagi dengan beberapa cara seperti membuat trade sendiri, membuka kelas, memberi tution forex dan bermaca-macam lagi.

Kita tidak perlu ada PHD untuk berurusniaga dan mengajar forex. Yang  pentingnya kita mesti tahu cara buat duit dengan forex dan ajarlah mereka cara yang betul meraut keuntungan melalui urusniaga forex.

Sebolehnya kita kena buat duit dahulu baru kita boleh ajar orang nak buat duit dengan berforex. Tunjukkan bukti dahulu kepada mereka yang selama ini begitu skeptikal tentang forex cara nak buat duit dengan cara yang betul. Bukan cara buat duit forex melalui MLM yang memang sudah disahkan sebagai penipu.

Cuba bayangkan berapa ramai orang kita kena tipu dengan scammers MLM yang menggunakan nama forex untuk buat duit ? Scammers ini sanggup buat apa saja janji dapat duit banyak, jadi penipu pun tak apa. Susah-sangat mereka ini menghilangkan diri untuk beberapa tahun.

Ramai yang kena tipu puluhan dan ratusan ribu RM bukan kerana mereka bodoh atau daif tentang pelaburan, tetapi mereka ini kurang pendedahan tentang cara buat duit sebenar dan ada juga yang bersikap  hidup dengan goyang kaki dan nak dapat duit banyak

Bayangkan siapa yang tak nak ikut  jika kita dapat tunjukkan kepada mereka tentang ilmu buat duit melalui urusniaga forex. Mungkin dalam 10 orang yang kita jumpa mungkin 2 atau 3 orang yang menolak atas sebab-sebab tertentu, dan yang lain-lainnya tidak akan menolak.

Saya katakan begitu kerana saya sendiri pernah mencubanya. Sebab-sebab mereka menolaknya adalah seperti forex itu haram dan terlalu skeptikal, tak tahu langsung pasal forex, dan yang paling bestnya mereka amat berminat dan suruh kita buat duit untuk mereka.

Cara buat duit dengan forex adalah salah satu cara sebenar, peluang dalam pasaran forex sentiasa terbuka untuk sesiapa saja sekarang ini nak buat duit. Yang penting, mestilah ada kesungguhan dan buatlah dengan jujur dan ikhlas, InsyaAllah rezeki akan datang kepada kita dan percayalah.



0 comments:

Popular Posts

Blog Archive