Home » » Mencari Makan Dengan Bermain Forex

Mencari Makan Dengan Bermain Forex

Trade For A Living – Itulah  kata-kata yang selalu  juga kita dengar dari mulut trader-trader tegar yang sememangnya menjadikan forex trading ini sebagai sumber untuk mencari makan. Forex trading adalah salah satu sumber untuk kita mencari pendapatan tidak kira sama ada secara sepenuh atau pun sepenuh masa. Sungguhpun begitu ia tidak lah begitu mudah untuk kita nak mengaut untung dari berforex. Banyak fasa yang kita mesti lalui sebelum kita betul-betul dapat hasil dari forex trading. Pertama sekali kita mesti ada segala kelengkapan untuk menjadikan kita seorang trader, computer dan talian internet. Kedua kita mesti ada wang untuk dijadikan modal untuk memulakan trading dalam forex. Ketiga kita mesti ada pengetahuan tentang forex. Kita boleh mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan dan kebanyakan dikenakan yuran untuk kursus. Ada juga yang mengadakan kursus forex secara percuma sahaja. Kalau anda rajin tak payah masuk kursus, belajar sendiri sahaja.

Kita mungkin bersedia dari segi modal dan wang ringgit. Ada lagi perkara yang lebih penting dari itu yang perlu kita ada dan berlebih sedia lagi, ia itu dari sudut psikologi dan motivasi. Semangat untuk berjuang dalam bidang ini mestilah kuat dan kental dan bukan senang nak jadi seorang trader yang berjaya. Dalam forex trading tidak banyak bergantung kepada nasib, kepintaran menjalankan tugas sebagai trader itu yang menentukan untung dan rugi. Kesabaran kita untuk  menghadapi sesuatu kekalahan atau kerugian mestilah kuat. Kita mesti berani menghadapi segala dugaan dalam bermain dengan forex ini. Tidak ada forex trader yang berjaya dengan sekali trade sahaja, mereka akan membuat trade berkali-kali dan jadikan kekalahan itu satu pelajaran dan mereka belajar dari situ dan kenal apa itu kekalahan. Jangan lah kita takut kepada kekalahan kerana kekalahan itulah yang akan menyedarkan kita dan seterusnya akan membuka  jalan dan pintu kejayaan untuk kita.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive