Home » » Forex Trading Strategy -- Part 4

Forex Trading Strategy -- Part 4

Dalam perbincangan tentang forex trading strategy yang lepas kita telah berbincang tentang kombinasi alat teknikal dan indicator untuk memantapkan lagi pembacaan carta forex. Bagi saya, indicator dan alat teknikal sahaja tidak mencukupi untuk kita betul-betul buat intepretasi dan analisis tentang pasaran forex.

Kita tahu bahawa setiap indicator dan alat teknikal tidak dapat memberi pembacaan yang 100% tepat. Masing-msing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jadi kita sebagai pengamal dan pengguna indicator ini hendaklah tahu perangai indicator itu sendiri dan juga perangai mereka secara holistik apabila dikombinasikan indicator dan alat teknikal tersebut.

A Picture Paints a Thousand Words -- Begitulah andaian yang boleh kita buat tentang indicator yang ada dalam carta. Bermacam-macam cara kita boleh buat  intepretasi tentang perangai indicator dalam carta, ada trader bacaannya begini dan ada trader yang bacaannya begitu. Kadangkala kita dapat mengintepretasi carta forex kita berlainan dari orang lain dan kita nampak apa yang mereka tidak nampak. ' beauty lies in the eyes of the beholder', begitulah agaknya pandangan setiap forex trader tentang analisis carta forex mereka. 

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive