Home » » Pelbagai Indicator Forex

Pelbagai Indicator Forex

Dalam posting tentang indicator dan intepretasi yang lalu, beberapa indicator dan alat technical telah digunakan untuk mengesan kedudukan harga pasaran dan mencari halatuju pasaran. Dalam pasaran terdapat banyak sangat indicator-indicator yang boleh kita gunapakai, malah banyak juga indicator yang kita boleh mendapatinya dengan percuma sahaja.

Saya lebih suka mencuba mana-mana indicator yang saya terjumpa dan cuba sesuaikannya dengan indicator yang ada, manalah tahu dengan membuat 'try and error' saya boleh dapat satu sistem yang agak baik dan dapat membuat intepretasi dengan lebih bagus lagi. Saya juga suka menggunakan indicator GP Diamond (12 biji) kerana bagi saya indicator ini bagi saya mempunyai pra petunjuk walaupun reaksinya terhadap terhadap reversal agak lambat. Saya juga gemar menggunakan Shi Silver TrendSignal sebagai tambahan kepada petunjuk reversal yang lain.

Bagi saya, jika kita dapat  mengesan hierachy (susunan idicator yang menonjol) dan dengan menggunakan keistimewaan yang ada pada setiap individu indicator itu maka lebih senanglah bagi kita membuat andaian atau intepretasi sesuatu keadaan pasaran forex itu.   

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive