Home » » Kombinasi Starc Band & NonLagMA 7.1 Indicator

Kombinasi Starc Band & NonLagMA 7.1 Indicator

Menggunakan indicator untuk membuat analisis dan mengintepretasi pasaran sudah menjadi lumrah dan boleh juga dikatakan sebagai mesti bagi kebanyakan trader-trader forex. Banyak terdapat custom indicator dalam pasaran sekarang ini, ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Apapun kena bayar ataupun percuma tidak menjadi soal kepada mereka asalkan indicator yang digunakan itu dapat diguna pakai dan dapat disesuaikan dengan cara mereka bertrading.

Saya telah terjumpa indicator NonLagMA 7.1 dan Starc Band dan saya telah juga membuat analisis dan intepretasi cara tersendiri dengan menggunakan MT4. Indicator ini juga memang sudah lama dalam pasaran dan saya rasa ramai yang dah menggunakanya, walaubagaimanapun saya paparkan juga kot-kot berguna juga kepada sesiapa yang terjumpa ruangan ini dan mengambilnya sebagai rujukan. Kombinasi indicator ini saya rasa sesuai dengan semua time-frame.

Kita tahu yang NonLagMA memang bertindak secara non lagging, dan Starc Band mempunyai 3 garisan  seperti bollinger band. Berbeza dengan bollinger band apabila NonLagMA dikombinasikan dengan  Starc Band - garisan tengahnya ia akan menjadi satu kombinasi yang amat ideal sekali. NonLagMA akan menunjukan reaksi dahulu dengan menukar warna apabila terjadinya reversal dan seterusnya reversal tersebut akan disahkan apabila NonLagMA membuat pintasan atau crossing terhadap Starc Band - garisan tengah. Ketika harga menurun NonLagMA akan berada dibawah dan akan berada di atas apabila harga menaik. Dan jika pintasan atau crossing tidak berlaku bermakna reversal sebenar tidak menjadi.

Kedua-dua indicator ini boleh juga digunakan dengan indicator lain seperti yang kita dapat lihat dalam image ini. Apapun kita mestilah bijak menggunaknya sekiranya kita ingin menjadikan cara ini sesuai dengan trading kita. Nak cari indicator ini tak susah, pergi saja ke google dan taipkan saja anda akan menjumpainya. Selamat mencuba.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive