Bollinger Band & SuperSignal v3d

Kira-kira dua minggu lepas, saya telah membuat posting mengenai indicator Starc Band dan NonLag 7.1 dan saya telah membuat intepretasi secara keseluruhan tentang penggunaan indicator-indicator tersebut, dan kali ini saya rasa lebih baik sikit kalau saya  tambahkan lagi indicator-indicator seperti Bollinger Band dan SuperSignal v3d. Saya membuat percubaan seperti di dalam gambar dalam posting ini.

Saya menggunakan Bollinger Band lebih kepada menentukan kedudukan atau posisi harga pasaran dan seperti biasa SuperSignal v3d saya gunakan untuk menghidu akan berlakunya reversal nanti.

Bollinger Band -- Jika harga berada di antara middle band dan upper band ia di anggap berada di kawasan menaik. Jika harga berada di antara middleband dan lowerband ia di anggap berada di kawasan menurun. Harga boleh menaik dan boleh menurun walaupun ia berada di salah satu kawasan tersebut. Jika keseluruhan Bollinger Band menyendeng naik ini bermakana pasaran dalam uptrend dan jika ia kebawah bermakna pasaran dalam downtred dan jikalau mendatar ini bermakna sideway.

SuperSignal v3d -- Indicator ini sebenarnya petunjuk dua dalam satu. Tanda pangkah kecil menunjukan yang reversal akan berlaku dan berkemungkinan berlaku dan tanda panah menunjukan yang reversal sudah dekat untuk berlaku, dan berlakunya reversal selalunya selepas dua atau tiga bar. Indicator ini juga akan mengekori trend ketika trend sedang kuat.

Berdasarkan kepada kombinasi indicator ini, kita boleh buat analisis dengan lebih terperinci lagi dengan berdasarkan  kepada kekuatan setiap indicator dalam carta ini seolah-olah kita berada di traffic light dengan lampu kuningnya bersedia, hijaunya berjalan dan merahnya tanda berhenti dan juga kita dapat tahu kedudukan kita sebenar jika mengikuti isyaratnya dengan penuh disiplin.

Sekian, kita berjumpa lagi di posting akan datang dengan kombinasi indicator yang lain, saya juga harap intepretasi ini dapat memberi manfaat sesama kita.

Kombinasi Starc Band & NonLagMA 7.1 Indicator

Menggunakan indicator untuk membuat analisis dan mengintepretasi pasaran sudah menjadi lumrah dan boleh juga dikatakan sebagai mesti bagi kebanyakan trader-trader forex. Banyak terdapat custom indicator dalam pasaran sekarang ini, ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Apapun kena bayar ataupun percuma tidak menjadi soal kepada mereka asalkan indicator yang digunakan itu dapat diguna pakai dan dapat disesuaikan dengan cara mereka bertrading.

Saya telah terjumpa indicator NonLagMA 7.1 dan Starc Band dan saya telah juga membuat analisis dan intepretasi cara tersendiri dengan menggunakan MT4. Indicator ini juga memang sudah lama dalam pasaran dan saya rasa ramai yang dah menggunakanya, walaubagaimanapun saya paparkan juga kot-kot berguna juga kepada sesiapa yang terjumpa ruangan ini dan mengambilnya sebagai rujukan. Kombinasi indicator ini saya rasa sesuai dengan semua time-frame.

Kita tahu yang NonLagMA memang bertindak secara non lagging, dan Starc Band mempunyai 3 garisan  seperti bollinger band. Berbeza dengan bollinger band apabila NonLagMA dikombinasikan dengan  Starc Band - garisan tengahnya ia akan menjadi satu kombinasi yang amat ideal sekali. NonLagMA akan menunjukan reaksi dahulu dengan menukar warna apabila terjadinya reversal dan seterusnya reversal tersebut akan disahkan apabila NonLagMA membuat pintasan atau crossing terhadap Starc Band - garisan tengah. Ketika harga menurun NonLagMA akan berada dibawah dan akan berada di atas apabila harga menaik. Dan jika pintasan atau crossing tidak berlaku bermakna reversal sebenar tidak menjadi.

Kedua-dua indicator ini boleh juga digunakan dengan indicator lain seperti yang kita dapat lihat dalam image ini. Apapun kita mestilah bijak menggunaknya sekiranya kita ingin menjadikan cara ini sesuai dengan trading kita. Nak cari indicator ini tak susah, pergi saja ke google dan taipkan saja anda akan menjumpainya. Selamat mencuba.

Popular Posts

Blog Archive