Hampir Pasti Menguntungkan Selepas Squeeze

Jikalau kita menggunakan Bollinger Band dalam membuat analysis forex trading kita, sudah pasti kita akan bertemu dengan keadaan harga berbentuk squeeze seperti dalam image didalam kotak kuning. Inilah keadaan squeeze yang sangat-sangat ditunggui oleh sesetengah trader yang penyabar kerana selepas berlakunya squeeze ia akan akan berlakunya breakout dan disitulah trader mula meraih keuntungan dengan posisi trade yang dimasuki mereka. Kita juga perlu ingat BB Stop selalunya menjadi penentu pembukaan breakout selain dari indicator yang lain seperti PSAR, GP REverse, Super Signal dan lain-lain.

Analisis Forex dan Rasional

Dalam kotak 1 -- Menunjukan kombinasi  indicator yang lengkap dengan memberi signa yang sangat kuat unyuk membuat jualan.

Dalam kotak 2 -- Menunjukan reversal indicator yang kuat tetapi disifatkan sementara kerana ia berpatah balik setelah harga bertemu reversal indicator seterusnya dan harga juga tidak mempunyai kekuatan untuk menembusi garisan tengah bollinger dan ia masih lagi dibawah indicator BB Stop yang menunjukan keadaan jualan masih dalam kekuatannya.

Dalam kotak 3 -- Menunjukan petanda reversal yang kuat dan harga terus menjunam.

Dalam kotak 4 -- Sekali lagi mengeluarkan indicator reversal tetapi tidak dapat menunjukan kekuatan reversalnya. Apapun keadaan harga masih lagi dalam keadaan menurun. Indicator reversal ini juga boleh digunakan untuk keluar dari pasaran.

Bermula Dengan Modal Kecil Dahulu

Ramai orang tahu bahawa forex dapat memberi ruang dan peluang untuk kita membuat duit melaluinya. Tetapi saya rasa ramai juga yang masih belum tahu yang forex membuka peluang kepada mereka yang ingin melabur dengan modal yang sangat kecil sekali. Kita boleh memulakannya walaupun dengan modal sebanyak RM 30 sahaja atau lebih kecil dari itu.

Banyak dikalangan broker forex menyedikan akaun mikro atau akaun cent dan mereka juga menyediakan akaun yang berbentuk Islamic. Kita boleh memilih akaun Islamic mana yang betul-mengikut hukum syarak untuk kita membuat urusniaga. Jika kita bermain dengan akaun cent atau mikro yang berbentuk Islamic ini sekurang-kurangnya hilanglah perasaan was-was kita terhadap yang telahpun disenaraikan sebagai haram dinegara kita ini.

Anda boleh membuka akaun cent demo untuk belajar dan berlatih bermain forex. Apabila anda telah faham kesemuanya dan tahu cara-cara berurusniaga forex anda bolehlah membuka akaun yang betul dan bermailah dengan modal yang kecil dahulu. Saya mengesyorkan anda berjinak-jinalah dengan indicator yang sedia ada dalam platform anda dan anda juga boleh mengikuti segala tips yang ada tentang indicator mt4 dalam blog ini.

Analisia Forex - EURUSD H1

Time : 8.45 am = 8.00 + GMT

Jika anda sedang mengikuti EURUSD H1 sekarang, setelah menurun sekian lama currency pair ini telah membuat reversal tetapi bukan reversal yang tetap kerana belum ada indicator yang mengesahkannya. Jadi ia masih lagi dalam kedudukan downtrend.

Popular Posts

Blog Archive