Home » » Kembali Ke Pangkuan

Kembali Ke Pangkuan


Kalau dulu saya tinggalkan blog ini disebabkan rasa betul atau tidaknya  tentang halal dan haramnya bermain forex melalui internet ini. Kawan-kawan pun ada yang berpendapat bahawa forex itu hukumnya haram  dari segi syariat. Saya tinggalkan blog ini begitu saja tanpa membuat sebarang posting. Ya memang Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjelaskan bahawa forex melalui internet adalah haram.

Saya kembali ke blog ini setelah mengkaji banyak perkara. Walaupun bermain forex itu di katakan haram, itu kata Majlis Fatwa Kebangsaan. Ada ustaz menyatakan yang forex itu tidak haram melainkan kita menjadikan forex itu haram. Jika bermain forex secara bermain judi maka itu adalah haram dan banyak lagi perkara-perkara yang menunjukan forex itu tidak haram malah hukumnya adalah harus.

Jadi saya kembali ke blog ini setelah sekian lama saya tinggalkan. Sebagai seorang penggemar forex saya akan teruskan membuat kajian penyelidikan seperti dulu. Saya juga berharap yang blog ini akan memberi sumbangan kepada sesiapa yang inginkan pengetahuan lebih tentang forex walaupun ianya tidak seberapa.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive