Bermain Forex Boleh Buat Duit Atau Tidak?

Buat duit dengan forex adalah benar dan rugi dengan forex juga ada kebenarannya. Ia terpulang kepada pemain forex itu sendiri untuk membenar atau menidakkannya, kerana merekalah yang mengalaminya samada untung mahupun rugi. Setakat ini tidak ada bukti yang sebenar-benarnya bukti tentang trader yang memang betul  buat duit dalam forex. Walaupun begitu kita tidak boleh katakan yang permainan forex ini merugikan, kalau tidak masakan sesetengah trader bermain forex hingga bertahun-tahun lamanya dan mereka memang mencari makan dengan berforex.

Bagi saya, seorang trader yang berdisiplin, berhemah, bersistem, modal melebihi mencukupi dan berkepecayaan tinggi dengan apa yang dilakukannya adalah mereka yang mampu meraih keuntungan dengan berforex. Bagi mereka yang berforex secara tangkap muat juga akan kecundang. Orang yang gagal dalam forex adalah orang yang gagal dari mula lagi. Orang yang bermotivasi rendah dan banyak bersikap negative tidak layak bermain forex, forex hanya untuk orang yang kental mental dan tinggi mentalitinya. Percayalah segala pekerjaan yang ingin kita lakukan bermula dengan sikap. Untuk berkecimpung dalam forex seseorang itu mestilah ada sikap bersungguh-sungguh. Orang yang bersungguh-sungguh akan nampak masa depannya.

Ciri-ciri pemain forex yang akan berjaya
-- Berhemah & berdisiplin - Mengikut segala perancangan yang telah dibuat dengan penuh disiplin.
-- Bersistem - Boleh mencipta sistem urusniaga forex dengan baik. Sistem yang telah diuji kemantapannya. Sistem yang dapat memberi melebihi 95% ketepatan hala tuju harga. Melebihi 90% dari semua trading, contoh nya dari 10 trade hanya 1 atau 2 yang merugikan.
-- Modal melebihi daripada mencukupi - Dalam urusniaga forex, modal memainkan peranan penting. Modal besar dan bermain kecil adalah strategi utama dalam urusniaga forex untuk dapat ' sustaning power' yang betul-betul kuat. Janganlah berlagak 'Hero' dalam permainan forex.
-- Percaya pada diri sendiri - Jika segala-galanya cukup untuk membuat trade, jangan teragak-agak untuk melaksanakan apa yang telah dirancangkan dan kemudian berserahlah kepada Allah.

Ciri-ciri diatas adalah asas yang perlu ada kepada setiap trader.  Jika kurang salah satu darinya maka carilah jalan untuk melengkapkannya supaya tidak kecundang dalam pertarungan forex yang amat mencabar ini.


Cari Cara Mahirkan Diri Dengan Forex

Kalau dulu-dulu kita hanya kenal dan memiliki kemahiran diri  seperti bertukang kayu, memperbaiki motor, berkemampuan menulis dan banyak lagi jenis kemahiran yang mampu memberi jalan kepada kita untuk menjana pendapatan. Di zaman ICT ini segalanya telah berubah. Segala kemampuan yang kita miliki bukan sahaja dapat menjana pendapatan kita melalui alam nyata sahaja, malah kita boleh meraih keuntungan melalui alam maya juga, ia itu alam berinternet. Lihatlah betapa luasnya ruang rezeki yang dibukakan oleh Allah untuk hamba-hambanya, syukur Alhamdullillah.

Kemahiran berforex juga salah satu cabang yang mampu memberi pendapatan yang lumayan jika kita mengendalikannya dengan betul, bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Untuk bermula dengan forex kita tidak perlukan modal yang besar dan kita boleh melakukannya dengan secara sambilan sahaja. Yang penting sekali, kemahuan ingin berjaya yang tinggi dan memiliki motivasi diri yang mantap dalam diri kita. Sifat tidak mahu mengalah juga akan membantu kejayaan kita untuk berjaya dalam forex.

Cara memahirkan diri dengan berforex dan tidak menggunakan banyak wang

1.Cari laman web yang menyediakan latihan forex percuma, ada banyak laman web menyediakan kursus percuma. Belajar dan ambil tahu apa itu sebenarnya forex. Belajar cara membuat trading perlahan-lahan.
2.Cari platform forex yang menyediakan akaun demo yang tidak ada had masa. Anda boleh cuba dengan plaform Oanda.
3.Cari indicator yang sesuai untuk dijadikan petunjuk. Ada banyak petunjuk dalam pasaran anda boleh dapatkannya dengan percuma.
4.Daftar diri anda dengan forum forex. Ada sesetengah dari forum-forum ini menyediakan indicator forex dengan percuma dan anda boleh mencubanya yang mana anda berkenan. Anda boleh cuba dengan forum seperti -- carigold, fxfisherman, forex tsd dan banyak lagi.
5.Anda perlu membuat trading dengan akaun demo anda dengan bersungguh dan cari cara membuat trading yang menguntungkan sebaik mungkin. Cuba beberapa cara yang sesuai dengan anda dan boleh nenberi keuntungan kepada anda.
6.Anda boleh juga cuba pakai indicator seperti dalam blog ini, semuanya percuma dan anda tak perlu risau.
7.Anda perlu buat rekod untuk diri anda sendiri dengan segala trading yang anda telah lakukan, dan seelok-eloknya buatlah post mortem dengan trading yang anda kerugian.
Akhir sekali anda perlu berlatih demi berlatih untuk mendapatkan kemahiran yang boleh mendatangkan hasil. Semoga berjaya.

Petunjuk Awal Pergerakan Forex

Image ini menunjukan petunjuk awal pergerakan forex menggunakan Bollinger Band. Ia akan membentuk seperti segenting sebelum memulakan hala tuju pergerakan harga yang baharu.Lebih mantop lagi apabila ia dikombinasikan dengan indicator reversal yang lain.

Popular Posts

Blog Archive