Home » » Bermula Dengan Modal Kecil Dahulu

Bermula Dengan Modal Kecil Dahulu

Ramai orang tahu bahawa forex dapat memberi ruang dan peluang untuk kita membuat duit melaluinya. Tetapi saya rasa ramai juga yang masih belum tahu yang forex membuka peluang kepada mereka yang ingin melabur dengan modal yang sangat kecil sekali. Kita boleh memulakannya walaupun dengan modal sebanyak RM 30 sahaja atau lebih kecil dari itu.

Banyak dikalangan broker forex menyedikan akaun mikro atau akaun cent dan mereka juga menyediakan akaun yang berbentuk Islamic. Kita boleh memilih akaun Islamic mana yang betul-mengikut hukum syarak untuk kita membuat urusniaga. Jika kita bermain dengan akaun cent atau mikro yang berbentuk Islamic ini sekurang-kurangnya hilanglah perasaan was-was kita terhadap yang telahpun disenaraikan sebagai haram dinegara kita ini.

Anda boleh membuka akaun cent demo untuk belajar dan berlatih bermain forex. Apabila anda telah faham kesemuanya dan tahu cara-cara berurusniaga forex anda bolehlah membuka akaun yang betul dan bermailah dengan modal yang kecil dahulu. Saya mengesyorkan anda berjinak-jinalah dengan indicator yang sedia ada dalam platform anda dan anda juga boleh mengikuti segala tips yang ada tentang indicator mt4 dalam blog ini.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive