Cerita Forex


Jadikan Forex Sebagai Salah Satu Sumber Pendapatan

Forex benar-benar memberi peluang kepada siapa sahaja untuk menjadikannya sebagai satu jalan untuk menambah pendapatan. Walaupun banyak cara lain untuk menambah pendapatan, tetapi urusniaga forex ini nampaknya lebih  banyak memberi peluang untuk kita meraih keuntungan daripada urusniaga lain. Apa yang penting, pengetahuan mengenai forex yang mendalam dan kemahiran membuat urusniaga atau trading perlu dipermantapkan lagi.
Instrumen pelaburan lain selain daripada yang berbentuk amanah saham memang tidak dapat menandingi urusniaga forex kerana ia benar-benar mampu memberi pendapatan yang setimpal dengan usaha kita. Tidak hairanlah terdapat banyak dikalangan ahli  professional yang secara langsung melibatkan diri berurusniaga forex walaupun secara separuh masa, yang penting mereka sendiri yang melakukan transaksi dan  tidak melalui sesiapapun.

Di negara kita urusniaga forex melalui internet  tidak sah dari segi hukum syarak  dan juga tidak ‘legitimate’ kerana tidak dapat diterima oleh SC atau Security Commission, namun tidak siapa boleh berbuat apa-apa kerana urusniaga  dilakukan melalui internet dan boleh dikatakan urusniaga forex melalui internet adalah urusniaga secara peribadi. Walaupun telah difatwakan sebagai haram namun di Malaysia ini ramai yang agak tidak berpuas hati. Kalau nak kira tak puas hati, ramai yang tidak akan puas hati kerana kalau dulu hukumnya harus dan sekarang menjadi haram pula. Kalau hendak dikira ramai juga ‘trader’ yang mencari makan dengan forex, tak kanlah mereka yang mencari makan dengan bermain forex ini sanggup meninggalkan nya begitu sahaja.

Saya ada seorang kawan seorang uztaz yang memangnya penghisap rokok, saya bertanya kepadanya kenapa dia hisap rokok, dia hanya tersenyum dan tidak menjawab apa-apa. Mungkin jawapannya begini, kalau dulu-dulu lagi hisap rokok tu haram, mungkin hari ini dia tidak merokok.

Popular Posts

Blog Archive