Home » » Urusniaga Forex Melalui Internet Haram

Urusniaga Forex Melalui Internet Haram

Terasa sedih juga apabila Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pengumuman tentang haramnya berurusniaga forex  melalui internet. Maklum sajalah perkara yang kita melakukannya hari-hari dan dah jadi sumber pendapatan kita dikatakan haram. Rata-rata forex traders tidak berpuas hati dengan keputusan ini, namun kepetutusan telah dibuat dan kita pun tidak boleh berbuat apa-apa, fatwa telah dibuat  dan itu yang kita kena pegang.

Walaupun fatwa yang kita kena pegang, termusykil  juga dihati saya adakah tidak ada jalan lain bagi membolehkan kita membuat  forex trading ini tanpa rasa was-was dari sudut hukum syarak. Bagaimana pula bagi mereka yang sudah lama berusniaga forex ini dan mencari makan dengannya. Setahu saya kebanyakan pemain-pemain forex di Malaysia berkelulusan tinggi dan sememangnya pun bukan semua orang boleh bermain forex, mereka mesti ada pengetahuan dan sanggup belajar untuk mengendalikan urusniaga ini. Urusniaga forex tidak memerlukan orang tengah untuk membuat trading. Ia betul-betul memerlukan kepakaran individu untuk membuat trading forex. Bagi siapa yang tidak mempunyai kebolehan berforex atau menganggap forex ini satu penipuan janganlah melibatkan diri dengannya dan tidak perlulah memburuk  sangka terhadap urusniaga forex ini. Memburuk sangka dan memfitnah tidak juga menjadi halal bagi ugama Islam.

 Sedar atau tidak  bahawa urusniaga forex melalui internet telah membuka jalan kepada ramai orang untuk membuat wang tambahan kepada mereka. Di Malaysia sendiri pun ramai yang telah menyertainya dan cuma segelintir sahaja yang tidak berpuas hati dengan forex trading dan ada yang membuat andaian bahawa ianya satu penipuan. Ramai juga syarikat-syarikat penipu yang  menipu duit orang ramai dengan menggunakan nama forex. Forex trader tidak mengambil duit orang ramai untuk berurusniaga, mereka menggunakan duit mereka sendiri untuk berforex. Mereka tahu apa itu risiko dan mereka telah mengira  risiko mereka sebelum berurusniaga forex. Mereka berurusniaga forex untuk mencari makan.

Forex trading benar-benar telah menjadi sumber pendapatan  bagi sesetengah orang.  Bayangkan pendapatan yang diterima melalui forex telah disifatkan sebagai pendapatan yang haram, tidak ada jalan lainkah untuk menjadikan forex trading melalui internet ini menepati hukum syarak seperti adanya syarikat takaful untuk insurans dan sistem perbankan Islam  dinegara kita?

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive