Home » » Cara Mendapat Pips Mudah

Cara Mendapat Pips Mudah

Cara mudah untuk mendapatkan pips ini bukanlah rahsia apa sangat, cuma saya ingin kongsi bersama siapa sahaja yang rasakan dirinya nak tahu lebih sedikit tentang indicator ini.Saya sangat suka satukan indcator-indicator untuk memantapkan lagi interpretasi saya terhadap forex.

Bukan semua indicator membuat interpretasi yang seratus peratus tepat dan banyak juga yang tersasar. Jadi untuk membuat pembacaan carta yang lebih baik terpaksalah kita kombinasikan mereka.

Untuk kali ini saya kombinasikan indicator GP Reverse dan SuperSignal v3 sebagai main signal. Saya menggunakan kedua-dua indicator ini bersama dengan tool Bollinger Band. Kombinasi mereka boleh dikatakan serasi dan boleh juga kita campurkan indicator yang lain.

Cara mudah dapat kita memahaminya:

-- GP Reverse dan Super Signal v3 selau menjadi serentak.
-- Mereka selalunya berada digarisan Bollinger sama ada di upper band, middleband mahupun lower band.
-- Indicator-indicator ini sangat pantas membuat petunjuk dan mereka boleh di jadikan sebagai pra-petunjuk.
-- Mereka senang berpaut kepada sesuatu trend yang kuat. Apabila mereka tidak melepaskan pergerakan harga dan sentiasa mengikutinya ini bermakana trend itu sedang kuat tidak kira sama ada trend itu panjang atau pendek.

Perkara yang perlu diawasi:

-- Oleh kerana indicator-indicator ini menjadi  cepat dan pantas kita jangan gunakan mereka ketika diBollinger squeeze yang kecil.
-- Apabila indicator ini timbul, ia tetap akan memberi signal, dan reversal tetap akan berlaku cuma pendek atau panjang sahaja. Yang penting kita sahaja yang perlu membuat kiraan atau judgment. Saya selalu menggunakan middle band sebagai support atau resistance apabila harga berada di kawasan trend atas atau bawah Bollinger Band.Berdasarkan kepada perangai mereka, saya selalu beranggapan harga akan berpatah balik apabila digunakan dikawasan trend diBollinger. Saya selau membuat short term trade dalam situasi ini untuk menjadikan trade saya lebih selamat dan sentiasa tidak boleh lupakan stop loss.

0 comments:

Popular Posts

Blog Archive