Forex Sepintas Lalu

Forex sepintas lalu dibuat berdasarkan kepada 4 major pairs.

1. EURUSD H1
Pergerakan harga sedang menaik walaupun dalam kawasan menurun.

2. USDCHF H1
Pergerakan harga sedang menurun walaupun dalam kawasan menaik .

3. GBPUSD H1
Pergerakan harga sedang mendatar dalam kawasan tengah bollinger.

4. USDJPY H1 
Pergerakan harga sedang menurun dalam walaupun dalam kawasan menaik menuju garisan tengah bollinger.

Forex Sepintas Lalu

Forex sepintas lalu dibuat berdasarkan kepada 4 major pairs.
Malaysian time : 9.40 AM

1. EURUSD H1
Pergerakan harga menurun dalam keadaan mendatar.

2. USDCHE H1
Pergerakan harga mendatar.

3. GBPUSD H1
Pergerakan harga menurun dalam keadaan mendatar.

4. USDJPY H1
Pergerakan harga menaik mempunyai tanda-tanda reversal dalam keadaan mendatar.

Menanti Forex Signal

Menuggu signal atau petunjuk dari forex kadangkala amat membosankan, terutamanya ketika keadaan dalam kedudukan squeeze. Tetapi jikalau kita sabar menuggunya pasti kita akan dapat sesuatu yang menguntungkan kerana selepas itu breakout kemungkinan berlaku. Bagi trader yang tidak ada kerja lain boleh lah tunggu, tetapi bagi trader separuh masa susah sikit lah.Kadangkala time kita bertugas market menjadi, apabila kita balik rumah, tengok chart langsung tak ada ruang untuk kita nak buat trade.

Berurusan dengan forex ini memang memerlukan taraf kesabaran yang tinggi. Bukan setakat tunggu signal forex sahaja, nak buat trade pun tak boleh tergopoh gapah dan perlu kesabaran juga untuk membuatnya. Forex trading benar-benar memberi kita tension jikalau perasaan kita sebagai trader tidak dapat dikawal. Tetapi jika kita sentiasa bersedia dengan trading plan kita dan sentiasa mengikut trading disiplin, rasanya tidak menjadi masaalah sangat untuk berursan dengan forex yang begitu mencabar ini.

Analisis Pasaran Forex

Analisis ini dibuat pada pair EURUSD H1 berdasarkan kepada alat teknikal seperti Bollinger Band, EMA dan indicator seperti SuperSignal V3, GP Reverse, Asc Trending Signal, Shi Silver, FxSniper Ergodic CCI, MACD Alert dan RSI(10). Malaysian time: 6.35 PM

Kebanyakan petunjuk alat teknikal dan indicator telah mula menunjukan halatuju harga pasaran boleh dikatakan kesemuanya serentak menunjukan penurunan. Dan keadaan sekarang reversal indicator GP Reverse dan Super SignalV3 menampakan diri dari tiga bar yang lepas. Walaubagaimanapun kekuatan indicator tersebut tidak mampu menahan harga untu menurun sehinggalah sekarang baru ternampak harga mula membuat perubahan.

Tindakan:

Walaupun indicator telah menunjukan perubahan untuk menaik, tetapi ia masih lagi dalam keadaan menurun. Bagi jualan jangka pendaek bolehlah keluar. Bagi belian, sila tunggu jika ada indicator lain sebagai supporter untuk menunjukan keadaan menaik.

Forex Sepintas Lalu

Komen forex sepintas lalu ini berdasarkan kepada 4 major pairs.
Malaysian time : 7.30 PM

1. EURUSD H1
Harga berada dalam keadaan menurun walaupun berada dikawasan menaik, indicator juga memberi petunjuk reversal.

2. USDCHF H1
Harga berada dalam keadaan menurun.

3. GBPUSD H1
Harga berada dalam keadaan menurun.

4. USDJPY H1Harga dikawasan menurun dan indicator menujukan reversal.

Forex Sepintas Lalu

Komen forex sepintas lalu dibuat kepada 4 major pairs.

Sesi pagi 10.00 AM -- Malaysian time.

1. EURUSD H1
Keadaan yang menunjukan harga yang agak menaik walaupun ia berada kawasan bawah atau penurunan.

2. USDCHF H1
Keadaan yang menunjukan harga yang agak menurun walaupun ia berada dikawasan atas atau menaik.

3. GBPUSD H1
Keadaan menunjukan seakan menurun dikawasan bawah selepas membuat kenaikan.

4. USDJPY H1
Keadaan harga menunjukan menurun dikawasan menaik.

Forex Trading Strategy -- Part 4

Dalam perbincangan tentang forex trading strategy yang lepas kita telah berbincang tentang kombinasi alat teknikal dan indicator untuk memantapkan lagi pembacaan carta forex. Bagi saya, indicator dan alat teknikal sahaja tidak mencukupi untuk kita betul-betul buat intepretasi dan analisis tentang pasaran forex.

Kita tahu bahawa setiap indicator dan alat teknikal tidak dapat memberi pembacaan yang 100% tepat. Masing-msing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jadi kita sebagai pengamal dan pengguna indicator ini hendaklah tahu perangai indicator itu sendiri dan juga perangai mereka secara holistik apabila dikombinasikan indicator dan alat teknikal tersebut.

A Picture Paints a Thousand Words -- Begitulah andaian yang boleh kita buat tentang indicator yang ada dalam carta. Bermacam-macam cara kita boleh buat  intepretasi tentang perangai indicator dalam carta, ada trader bacaannya begini dan ada trader yang bacaannya begitu. Kadangkala kita dapat mengintepretasi carta forex kita berlainan dari orang lain dan kita nampak apa yang mereka tidak nampak. ' beauty lies in the eyes of the beholder', begitulah agaknya pandangan setiap forex trader tentang analisis carta forex mereka. 

Popular Posts

Blog Archive