Jangan Takut Dengan Forex

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada sesiapa saja yang menemui blog ini. Saya rasa ramai telah berazam bersungguh-sungguh ingin berjaya pada tahun ini 2011 termasuklah saya. Bagi penggemar-penggemar forex saya rasa tidak ada yang lebih berjaya melainkan buat duit banyak dalam urusniaga forex yang mencabar ini.

Walau macam mana azam kita sekali pun, nak betul-betul buat duit dengan forex ini bukanlah satu perkara yang mudah. Pertama sekali kita mesti berani, maksud saya berani untuk kalah dalam pertarungan dengan forex. Jangan berasa gentar walaupun kecundang dalam berforex, cari jalan untuk tidak kalah atau tidak rugi dalam pertarungan dengan forex, mesti ada jalan kalau ada kemahuan. Main forex secara kecil-kecilan kalau rugi pun taklah ralat sangat. Jangan dengar nasihat mereka yang negatif terhadap forex. Orang seperti ini buat apa pun tak boleh dan orang yang terlalu negatif hidupnya tak kan kemana dan akan menyalahkan orang lain walaupun diri sendiri yang buat salah.

Kita mesti berfikiran positif jika nak berforex, dan forex bukan untuk orang yang berfikiran nagatif. Orang yang  berjaya dalam forex adalah orang yang suka belajar dan mereka tidak jemu-jemu belajar dan mencari jalan dan kaedah terbaik dan mengikutinya dengan penuh disiplin.

Orang yang berjaya dalam berforex adalah mereka yang sedar dan tahu kenapa kalah dan kenapa  menang,  kerana kesusahan dalam berforex sudah menjadi asam garam dalam diri mereka dan kesusahan itu juga telah mengajar mereka dan menjadi penunjuk arah menuju kejayaan.

Popular Posts

Blog Archive