Memilih Broker Forex

Memilih broker forex untuk berurusniaga amat penting sekali kerana jika kita tersilap pilih akan memberi banyak masaalah kemudian hari nanti.. Namun untuk mendapat broker yang seratus peratus baik atau 'perfect' memang susah sekali. Setakat yang saya tahu, kebanyakannya  tidak ada yang tidak mempunyai complain, ada saja rungutan yang dibuat dan yang penting kita perlu membuat penilaian yang bijak apabila membuat keputusan untuk memilih broker-broker tersebut.

Ini adalah sedikit sebanyak panduan yang perlu kita tahu sebelum kita membuat penilaian untuk memilih broker-broker tersebut:

1. Kesemua broker-broker ini tidak terdapat di Malaysia kerana mereka tidak dianggap sah atau 'legitimate' di negara kita ini. Jika kita memilih broker dari USA pastikan juga mereka mesti berdaftar dengan National Futures Association (NFA) atau Commodity Futures Trading Commission (CFTC). Jika di Umited Kingdom mereka mesti berdaftar dengan Financial Service Authority (FSA), Begitu juga dengan broker-broker yang berada di negara-negara yang lain, mereka hendak berdaftar di negara mereka masing-masing.

2. Meninjau dan mengambil tahu sama ada broker-broker berurusniaga Dealing Desk - Order mesti diluluskan oleh broker atau Non Dealing Desk- Order dibuat terus.

3. Mengambil tahu tentang spread yang dikenakan oleh broker. Kalau cari broker yang mengenakan spread yang rendah dan tetap.

4. Mengambil tahu juga sama ada broker mempunyai swap atau pun tidak. Cari yang broker yang bebas dari swap.

5. Mengambil tahu tentang customer service dan support yang bagus dari syarikat broker tersebut.

6. Syarikat broker mestilah mempunyai sistem pengeluaran wang yang baik dan juga menggunakan merchant yang baik seperti Paypal, Wire Transfer dan lain-lain merchant yang boleh dipercayai.

Berurusniaga forex ini berisiko tinggi, segala kemungkinan boleh berlaku dan kita hendaklah sanggup menerimanya dan kita hendaklah menyedarinya lebih awal lagi sebelum memnjejakan kaki ke arena yang mencabar ini.

Pengenalan-Menganalisis Pasaran Dari Sudut Teknikal

Ada beberapa cara yang selalu digunakan oleh pemain-pemain forex berurusniaga dipasaran. Pertama, menggunakan cara 'fundamental' untuk menganalisis pasaran, keduanya, menggunakan cara teknikal  untuk menganalisis pasaran, ketiganya, menggunakan kedua-duanya ia itu fundamental dan teknikal untuk menganalisis pasaran dan keempatnya, menggunakan cara 'hentam sajalah' untuk masuk pasaran. Walau bagaimana pun cara-cara penggunaanya terpulanglah pada diri masing-masing, apa yang penting kita dapat buat duit dan kalau rugi tanggunglah sendiri.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah cara menggunakan teknikal. Sesetengah orang berpendapat, teknikal menginteprasi fundamental melalui harga dalam carta. Saya bersetuju juga dengan pendapat itu walaupun tidak sepenuhnya. Apa yang penting, sebagai pelabur kita mesti ada dan mahir menggunakan alat teknikal atau technical tools untuk mengintepretasi kedudukan harga sebenar dan apakah hala tuju harga selanjutnya.

Untuk menunjukan kedudukan atau keadaan dimana tempat itu berada kita menggunakan alat-alat teknikal menganalisnya dan untuk mencari hala tuju harga pasaran kita boleh gunakan alat petunjuk yang sedia ada dipasaran. Akan bersambung lagi dimasa akan datang.

Berdisiplin Untuk Menambah Pendapatan Melalui Forex

Berurusniaga forex bukanlah aktiviti baru untuk menambah pendapatan. Ramai yang telah mencubanya, ada yang berjaya dan ada yang tidak. Namun ramai juga para pelabur yang gagal berkali-kali telah bangun kembali dan belajar dari kesilapan mereka sendiri dan mereka berjaya akhirnya.

Untuk berjaya dalam urusniaga forex ini bukanlah perkara senang, walaupun kita nampak jalannya tetapi tidaklah mudah untuk kita melaluinya. Banyak yang perlu ada pada seseorang pelabur itu untuk berjaya dalam bidang ini terutamanya disiplin, pengetahuan termasuk sistem, dan dari sudut psikologinya kesabaran, tidak tamak dan berani mestilah sentiasa menjadi pegangan.

Ada pelabur yang gagal bukan kerana mereka tidak berpengatahuan, kadangkala sifat tamak mereka yang menghancurkan diri mereka sendiri. Kalaulah kesemuanya seperti pengetahuan, cara berurusniaga atau sistem dan faktor psikologi dapat didisiplinkan dengan betul-betul mantap, saya rasa akan ramailah jutawan-jutawan muda akan muncul dimuka bumi ini.

Penggemar Forex

Forex telah memberi ruang dan peluang kepada ramai orang didunia ini mencari pendapatan tambahan dengan berurusniaga dengannya walaupun orang ramai atau pelabur itu terpaksa menempuh risiko yang tinggi. Kedudukan urusniaga pasaran forex yang melebihi 1 trillion USD sehari ini semakin menarik perhatian orang ramai dan pelabur untuk berurusniaga forex walaupun dengan sekecil-kecil modal sebanyak 10 USD.

Sebagai penggemar forex kami juga tidak mahu ketinggalan untuk berada dalam senario ini, sekurang-kurangnya dapat merancakan lagi suasana kehidupan kami dengan berforex sambil berblogging. Dalam blog ini kami banyak menumpukan kepada kajian dan analisis forex mengenai strategi, sistem dan memberi maklumat tentang urusniaga forex kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya, dan itulah kepuasan kami. 

Popular Posts

Blog Archive