Bezanya Urusniaga Forex Dibandingkan Dengan Perniagaan Lain


Dalam kehidupan kita yang serba moden dan canggih ini, apa pekerjaan yang harus kita buat untuk mencari pendapatan janganlah terlalu memilih sangat. Buat apa yang boleh asalkan halal dan tidak menyalahi undang-undang.

Dalam bidang forex trading juga, mampu memberi pandatan lumayan kepada kita jika kita buatnya dengan bersungguh-sungguh. Percaya atau tidak bidang ini mampu memberi kesenangan dengan masa yang pantas sekali.

Kenapa saya kata bidang ini mampu memberi pendapatan yang cepat, kerana selain modal yang diperlukan bidang ini banyak tertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Bidang forex trading ini tidak memerlukan tenaga fizikal yang banyak, tidak seperti sesetengah bidang lain yang memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjalankan kerja mereka.

Forex trading adalah bidang yang banyak memerlukan tenaga berfikir. Jika seseorang trader itu dapat memikir cara yang betul dalam bidang ini, ia sudah selangkah kaki menuju kejayaan.

Jika seorang trader itu dapat berfikir secara positif dan melaksanakan secara konsisten, ia tidak akan ketinggalan untuk mencapai kenikmatan dalam bidang forex trading ini.

Apa yang dikatakan berfikir cara positif…

-    Berfikir untuk mencapai tahap pengetahuan forex sebaik mungkin

-    Berfikir dengan cara positif bagaimana ingin mendapat kemahiran yang tinggi dalam bidang forex ini.

-    Berfikir cara yang baik dan benar untuk menjadikan perncangan yang dibuat akan menjadi lebih mantap dari segi perlaksanaan.

-    Berfikir cara yang terbaik untuk mendisiplinkan diri sendiri.

Apa yang dikatakan melaksanakan secara konsisten…

-    Menjalankan rutin harian sebagai seorang trader seperti membuat analisis dan membuat kerja-kerja sebagai seorang trader.   

-    Melaksanakan dengan penuh tanggung jawab mengikut apa aturcara yang telah dirancangkan dengan penuh disiplin.

Contoh Yang Dikatakan Bidang Ini Tidak Memerlukan Banyak Tenaga Fizikal :

-    Segala urusan pedaftaran hanya melalui secara online

-    Membuat trading dan juga membuat deposit secara online.

-    Bagi seorang Affiliate atau IB banyak juga mengendalikan urusan secara walaupun sesetengah urusan secara offline.

-    Seorang yang OKU juga mampu membuat kerja-kerja berkenaan forex melalui online.

-    Segala maklumat mengenai forex dan lainya dengan mudah didapati hanya melalui secara talian tidak perlu berlari ke sana-sini lagi.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai sekali orang mula berjinak dan mencuba dalam bidang ini walaupun banyak yang menyatakan bidang forex online ini amat berisiko tinggi. Apapun telah terbukti bahawa ramai sekali  yang sudah berjaya dalam bidan ini, dan ramai yang telah menjadi jutawan.

Mencari Confluence Untuk Membuat Trade Forex Yang Selamat

 

Selalu kita dengar daripada trader-treder otai bahawa buat trade forex bermula dengan Confluence lebih salamat. Aku kira pun begitu juga, lebih selamat menggunakan confluence.

Apa itu confluence sebenarnya ? Confluence dalam carta trading adalah poin atau satu tempat di mana beberapa indicator menyentuhnya. Ia mungkin dilakukan oleh trend line, support & resistance, garisan fibonacci, pivot dan sebagainya.

Kebanyakan indicator-indicator yang membina confluence memberi petunjuk yang lebih kurang sama. Jika indicator A menunjukkan turun, begitu jugalah dengan indicator yang lain.

Kebanyakan petunjuk dari confluence menjadi. Tidak hairanlah banyak daripada trader memasang banyak indicator di carta mereka bagi mendapat petunjuk naik ataupun turunnya pasaran.

Di bawah ini adalah salah satu contoh yang dibuat oleh indicator-indicator yang dipasang :

Keadaan confluence menunjukkan ada 3 indicator yang telah dipasang yang menunjukkan arah tuju harga pasaran. Indicatonya ialah Support & Resistance, Trend Line dan 3 Z Level Semafor. Kalau nak diambil kita, Candlestics dan Bollinger Bands juga boleh diguna pakai.


Cantuman Strategy Forex Dan Psikology Yang Tidak Merugikan

Aku selalu dengar dan terbaca tentang berbagai strategi yang boleh mendatang untung hasil dari penggunaan strategi tersebut. Namun tidak ada satu strategipun yang dapat memberi ketepatan  100%. Ini adalah fakta.

Bagi aku trading strategy yang baik itu adalah keupayaan trader dapat mencantum beberapa strategy untuk menampung kelemahan strategy yang lain.

Sistem A mungkin mempunyai kelamahan tentang pergerakan yang agak lagging, tetapi Sistem B dapat menampung kelemahan lagging tersebut.

Mungkin Sistem C tidak dapat tunjuk tahap maksima pergerakan harga dan mungkin juga Sistem D dapat memberi gambaran tahap sejauh mana harga akan sampai.

 Bagi aku apa yang dikatakan startegy itu tidak akan lengkap jika ia tidak disusuli dengan teknik-teknik trading yang betul dan padat. Maka hasil dari kombinasi kesemua strategy dan teknik itu boleh dijadikan strategy yang mantap.

Walaupunbegitu, strategy yang mantap tidak akan dapat memberi analisis yang tepat 100%, ini kerana kita sebagai manusia yang mencipta strategy memang terbatas.

 Apapun, aku percaya jika manusia dapat mencipta sesuatu yang hampir atau melebihi sedikit daripada 95% sudah dikira baik untuk meraih keuntungan dalam forex. Inipun belum tentu jika psikologi pengguna trader itu juga kurang mantap.

Apa yang aku lihat, kejayaan dalam urusniaga forex sebenarnya tertumpu 80% kepada strategy, tetapi jangan lupa selebihnya adalah dikuasai oleh psikologi, termasuklah keyakinan diri dan disiplin.

Kita mungkin boleh masukkan pengurusan kewangan, cara trade dan analisis yang lain dalam satu strategy, tetapi kalau psikologi seperti emosi dan disiplin yang bersangkutan berkecamuk maka segala peluang yang ada akan terlepas begitu sahaja.

Kadangkala dengan segala strategy yang mantap sekalipun ganguan fikiran kita akan menyebabkan kita tidak masuk trade atau pasaran. Planning sudah cukup tapi tidak dilaksanakan.

Banyak orang boleh membuat satu perancangan yang baik, tetapi janganlah jadikan ianya sis-sia sahaja kerana diganggu oleh perasaan yang boleh merosakkan apa yang telah kita rancangkan.


Selamat Tahun Baru 2022

 

Hari ini baru masuk hari ke 3 tahun 2022, banyak azam lagi yang  boleh di susun untuk memenuhi cita-cita untuk tahun ini. Apa azam kita sekalipun, yang penting ialah perlaksanaannya.

Bagi komuniti forex tak kira di mana mereka berada, bukan tahun barupun mereka selalu berazam untuk mendapat kejayaan dalam urusniaga forex mereka.

Tetapi tahun baharu kali ini agak berbeza sedikit kerana keadaan kita selepas diuji oleh Allah dengan Covid yang belum lagi habis sepenuhnya ditambah dengan banjir. Sabarlah sahaja, ini hanyalah dugaan.

Bagi mereka yang telah terjebak dengan bencana alam ini, bersabarlah dengan ujian ini. Banyak sekali kerugian yang telah dialami oleh mereka, namun kita tetap mahu meneruskan kehidupan.

Kita tidak dapat salahkan sesiapa kerana ini hanyalah satu ujian dariNya, teruskan kehidupan ini walaupun kita tidak dapat apa yang sepatutnya bantuan dari pihak pemerentahan.

Warga forex agak bernasib baik kerana urusniaga forex dijalankan melalui talian. Tetapi peralatan yang mungkin rosak akibat banjir seperti komputer dan sebagainya juga melibatkan ribuan ringgit juga.

Aku sebagai trader seperti orang lain juga dengan keazaman masing-masing, sama ada dapat materializekan belum tentu lagi. Apa yang perlu aku buat, buatlah saja. Buat apa yang perlu kita buat.

Dalam urusniaga forex online ini, banyak benda yang kita perlu updatekan untuk diri kita dan urusniaga forex kita. Kalau selalunya kita banyak buat deposit dan tidak pernah withdraw langsung, cubalah cari jalan buat duit pula.

Jika sistem yang kita gunakan mungkin tak sesuai dengan kita dan tak menjadi, carilah mana-mana sistem trading yang sesuai dengan kita.  Ada sistem di pasaran kita boleh dapatkan dengan percuma sahaja.

Aku juga ada banyak sistem dan indicator ( bukan aku punya) yang aku simpan, boleh saja cari di internet dan download saja. Beribu-ribu indicator ada cari dan pilih mana yang sesuai.

Untung dan rugi adalah adat dalam urusniaga forex, asalkan jangan buatkan rugi lebih banyak dari untung sudahlah, kalau jadi macam tu cari lagi indicator dan sistem yang lebih baik.

Cara diri kita berfikir dan beranggapan tentang forex trading juga perlu diubah-suai mengikut peredaran masa dan kewangan kita. Kalau tak mampu melabur banyak, laburlah sikit janji dapat bermula dan bermain-main dengan forex.

Kalau tak mampu main 10 sen 1 lot, main saja 1 sen untuk satu lot. Tidak menjadi kesalahan langsung jika kita bermula secara kecil-kecilan.

Aku percaya kerana bermain dengan modal kecil  juga ramai yang ingin mencuba mencari peluang dalam forex. Tak hairanlah kenapa ramai sekali  yang menceburkan diri dalam urusniga forex.

Aku yang menulis inipun masih mencari-cari sistem dan cara terbaik untuk aku, dan kalau boleh aku sendiri tak mahu rugi langsung. Tetapi dan kebenarannya, rugi tetap ada.

Kita juga tidak boleh menganggap industri forex ini hanyalah untuk buat trade sahaja. Ada banyak cara jika kita hendak buat duit dalam industri ini. Mereka otai-otai ramai yang dah buat duit walaupun tidak beri tumpuan kepada trading.

Ada yang buat duit melalui mengajar orang bermain forex, ada yang menjadi IB dan Affiliate forex untuk buat duit. Ada tenaga pengajar forex secara individu dan banyak cara lagi untuk buat duit dalam forex selagi industri ini masih lagi wujud.

So, tidak ada sebab kita tak boleh buat duit dalam industri forex online ini jika kita betul-betul rancang dan laksanakan. Insyaallah selagi kita mahu laksanakan apa yang kita rancang, rezeki itu datang juga, hanya masa dan ketikanya sahaja.

Baik, selamat menceburkan diri bagi yang belum merasai pahit maung dalam arena forex ini. Bagi yang suka cabaran dan yang anggap diri mereka sebagai risk takers, cubalah forex trading yang penuh dengan cabaran ini. Selamat tahun 2022.


Signal Lengkap Masuk Keluar Pasaran Forex Yang Menguntungkan

 

Dalam gambar di atas terdapat beberapa indicator digunakan untuk menjejak pergerakan harga forex sekali gus masuk trade dan keluar trade.
 

Senario
 

Untuk kepastian, tunggu sehingga indicator-indicator ( repaint ) yang selama ini mengikut pergerakan harga berhenti dan candlestick memberi gambaran untuk reversal.
 

-    GP Reverse mengikut pergerakan harga dan berhenti di atas bar warna orange.
 

-    3 level zz juga mengikut pergerakan harga berhenti di atas bar warna orange.
 

-    Resistance telah menunjukkan diri di atas harga
 

-    Candlestick menunjukkan reversal
 

-    Diikuti PSAR menunjukkan titiknya menandakan trend sudah bermula
 

-    Pada masa yang sama juga BB Stop menunjukkan titik mengesahkan trend.

-    Akhir sekali, harga memotong garisan support sebelumnya untuk terus menjunam.
 

-    Kawasan bulat di atas untuk anda menentukan masuk Sell dan Stop Loss
 

-    Kawasan bulatan di sebalah bawah, untuk anda keluar dari pasaran. Anda boleh mengikut indicator GP Trend dan 3 z level sebagai petunjuk keluar.

Senario sebegini sering juga berlaku, tidak kira apa pair sekalipun dan time frame mana sekalipun. Senario yang sama akan atau mungkin berlaku ketika harga pasaran akan menaik.

Peringatan

Senario pergerakan harga pasaran adalah hasil dari pandangan saya sendiri dan semata-mata untuk rujukan dan pelajaran. Setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri, janganlah anggap satu pandangan yang perlu diikuti.

Ramai Yang Ingin Bermain Forex Tetapi Tak Tahu Nak Mula

 

Setakat yang aku ketahui memang ramai sekali yang berminat nak berkecimpung dalam bidang forex trading ini. Tetapi masalahnya tidak ramai yang tahu bagaimana untuk bermula.

Tengok saja iklan di facebook, berapa ramaikah yang respon dengan pelbagai iklan tentang forex . Dalam satu iklan betapa ramai yang bertanyakan tentang forex trading ini.

Respon di media sosial menunjukkan sudah ramai di kalangan masyarakat sudah sedar bahawa forex trading itu mampu memberi jalan kepada kita untuk membuat duit dengannya.

Memang benar, forex mampu memberi jalan keluar dari keadaan kita yang bermasalah dan susah ke keadaan yang lebih baik dan selesa asalkan kita buatnya dengan betul dan bersungguh.

Yang pentingnya kita mesti ada kemahuan untuk memperbaiki diri kita dan juga keluarga kita. Setakat sekarang ini, forex memberi jalan yang terbaik kepada kita menuju kejayaan.

Ada banyak cara untuk kita buat duit dengan forex trading ini, kita boleh buat duit dengan  trading, buat duit dengan menjadi affiliate atau ib dan jadi tenaga pengajar bagi yang sudah ada pengalaman dan kemahiran.

Perlu belajar dengan bersungguh-sungguh

Untuk mencapai ke tahap seperti mana saya sebutkan di atas, anda perlu belajar terlebih dahulu. Banyak tempat anda boleh mula belajar tentang forex, google sahaja di internet anda akan dapat banyak maklumat tentang pelajaran forex.

Banyak tempat seperti di laman-laman web atau blog anda boleh mendapat pengatahuan tentang forex trading, termasuklah di blog ini sendiri. Kebanyakannya dengan percuma.

Di laman media sosial juga banyak sekali iklan-iklan dan tawaran disediakan untuk kita belajar forex, tetapi sesetengah dari mereka berkehendakan anda daftar untuk belajar dan seterusnya anda perlu membuka akaun trading tanpa sebarang paksaan.

Pendek kata, jika nakkan sesuatu ilmu perlu mencarinya dan pulun belajar bersungguh-sungguh. Jika nak cepat belajar, cari sahaja sifu-sifu untuk anda belajar forex dengan mereka, kebanyakannya dikenakan bayaran.

Kadangkala jika kita berkehendakan sesuatu perlu juga dibayar dengan sesuatu, apa salahnya utnuk diri kita juga. Yang penting ialah usaha. Kemudian baru fikir tentang trading.

Anda boleh sahaja belajar melalui akaun demo secara perlahan-lahan, ada banyak broker forex menyediakan akaun demo tanpa had dan percuma.
 

Broker forex itu sendiri banyak menyediakan bahan tentang forex untuk anda belajar. Saya sendiripun masih belajar dan selalu menimba ilmu dari syarikat-syarikat broker ini.

Masa terbaik untuk belajar forex sekarang ini ….

Belajarlah demi kebaikan diri sendiri, bukannya untuk orang lain. Masa Covid ini ialah satu masa yang paling sesuai bagi kita mengambil peluang belajar tanpa keluar rumah.

Begitu juga dengan trading forex, buat di rumah sahaja. Apa yang anda perlu buat ialah belajar, cari broker terbaik dan yang reliable, daftar dan trade. Mulakan dengan modal kecil dahulu.

Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini, yang pentingnya berusaha bersungguh-sungguh dan minta pada yang Esa, bukan dari manusia.




Covid-19 Dan Kesannya Terhadap Pemain Forex

Salam sejahtera, artikel ini tidak akan membincangkan fasal kesannya terhadap ekonomi dan juga terhadap pasaran kewangan seterusnya. Memang pasaran kewangan terjejas kalau dipandang dari sudut votalitinya.

Itu tidak mengapa, itu kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, kita Cuma boleh menanganinya sahaja. Kita tetap kena bersabar dan cari jalan untuk tidak di jangkiti kuman Covid-19, itupun sudah mencukupi.

Syukur Alhamdullillah, kerajaan kita sedang seboleh-bolehnya membantu kedudukan ekonomi rakyat yang diakibatkan oleh Covid-19. Dan kita juga sudah tahu tentang kedudukan warga-warga pekerja, petani , peniaga kecil, kilang, koperat dan orang ramai.

Kita sebagai pemain forex bagaimana dan apa yang harus kita buat ? Nak main forex ke atau nak simpan duit untuk survive dalam keadaan PKP ini. Jika terjadinya Lockdown macam-mana. Apapun kita kena berdoa kepada Allah untuk kebaikan.

Sebagai pemain forex yang selama ini bermain forex di rumah, mungkin ada yang membuat trading di pejabat. Apa sekalipun, dalam keadaan sekarang ini membuat trading di rumah adalah memang paling sesuai sekali. Nak cari makan cara di rumah saja pun boleh bagi pemain forex.

Pemain forex tidak perlu keluar hantar barang, tidak perlu pergi bank sangat dan duduk di rumah buat trading sahaja. Dalam masa sekarang di luar sana tidak boleh buat seminar forex pun tetapi melalui internet boleh saja.

Pemain forex boleh bergantung nasib di rumah, untung dan rugi semuanya di rumah, buatlah trade dengan tenang dan penuh keyakianan. Hindarkan diri dari di jangkiti Corona Virus.





Popular Posts

Blog Archive